Keyword Search:

Kolagen kulit ikan tilapia untuk kosmetik dan kesihatan

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Kolagen kulit ikan tilapia untuk kosmetik dan kesihatan.

[img] PDF
165Kb

Abstract

MEMILIKI kulit wajah cantik dan bentuk badan yang menarik sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia terutamanya wanita. Ini kerana kecantikan akan memberikan lebih keyakinan kepada seseorang apatah lagi jika seorang itu berkerjaya. Mereka yang berani, mempunyai wang dan inginkan hasil yang cepat akan mencuba kaedah yang lebih moden melalui pembedahan, suntikan dan sebagainya. Namun bagi yang mempercayai bahawa kecantikan segera itu lebih berisiko dan ingin mencuba cara yang lebih selamat akan mengamalkan pengambilan makanan atau minuman kesihatan. Pada masa kini produk kesihatan yang mengandungi kolagen begitu popular bagi kecantikan kulit wajah dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Kolagen adalah sejenis protein untuk memelihara keremajaan serta keanjalan kulit. Namun sedarkah anda kebanyakan kolagen yang terdapat di pasaran kini dihasilkan daripada khinzir atau haiwan lain yang diragui status halalnya. Bertolak daripada inisiatif untuk menghasilkan produk kolagen yang benar-benar diyakini halal, sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) melakukan penyelidikan bagi menghasilkan bahan tersebut.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:18572
Deposited By: Norhaliza Zainal
Deposited On:30 Nov 2011 11:39
Last Modified:27 May 2013 15:59

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 30 Nov 2011 11:39.

View statistics for "Kolagen kulit ikan tilapia untuk kosmetik dan kesihatan"