Pelajar kolej 16 UPM tabur bakti kepada masyarakat

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar kolej 16 UPM tabur bakti kepada masyarakat.

[img] PDF
28Kb

Abstract

LUMUT, 24 Ogos – Kolej 16, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM 2011) di Kampung Padang Tembak/Teluk Muruh, Lumut, Perak, baru-baru ini. Pengetua Kolej 16, Dr. Paiman Bawon berkata, program bertemakan ‘Jauh Perjalanan, Sejuta Kenangan’ yang disertai oleh 48 pelajar itu bertujuan memberi peluang kepada mereka menyelami kehidupan seharian masyarakat di kawasan itu. Selain itu menurut beliau, OPKIM 2011 juga bertujuan meningkatkan kemahiran insaniah terutama berkomunikasi, semangat kerja berkumpulan, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. “Program ini merupakan kali ketiga selepas dianjurkan pada tahun 2008 di Kemaman, Terengganu dan 2009 di Panchor, Muar, Johor. Sepanjang lima hari program ini dijalankan pelajar dapat membina hubungan dengan keluarga angkat selain terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik,” katanya. “Pada hari pertama, pelajar berpeluang melawat ke Kem Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut dan memperoleh banyak pengetahuan tentang peranan dan tugas pasukan beruniform itu. “Pelajar juga berpeluang mengadakan gotong royong bersama penduduk kampung termasuk menanam pokok,” katanya. Dr. Paiman berkata, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan termasuk majlis kenduri cukur jambul dan berendoi, sukaneka, mendaki Bukit Ungku Busu dan mengadakan motivasi pelajar kepada pelajar sekolah rendah. Menurutnya lagi, pelajar turut berpeluang beramah mesra dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang hadir pada majlis ‘Malam Sejuta Kenangan’ pada hari terakhir program. “Kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Pejabat Menteri Besar Perak, Aquamarine Sdn. Bhd, Majlis Agama Islam Perak, dan JKKK Kg Padang Tembak/Teluk Muruh telah melancarkan perjalanan program ini dan sekaligus dapai mencapai objektif yang telah disasarkan,” katanya.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:18126
Deposited By: Aznizultina Md Nazar
Deposited On:05 Sep 2011 03:54
Last Modified:27 May 2013 07:57

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 Sep 2011 03:54.

View statistics for "Pelajar kolej 16 UPM tabur bakti kepada masyarakat"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.