100 pelajar PASP sertai Program Gotong Royong Perdana di Taman Sri Sentosa

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) 100 pelajar PASP sertai Program Gotong Royong Perdana di Taman Sri Sentosa.

[img] PDF
201Kb

Abstract

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Seramai 100 pelajar Persatuan Asasi Sains Pertanian (PASP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai program Gotong Royong Perdana untuk membersihkan kawasan persekitaran kediaman Taman Sri Sentosa. Dalam program itu, pelajar PASP menanggalkan bunting dan banner haram, mencantas dan menebang dahan pokok, mengecat bahu jalan, mencuci longkang dan parit. Mereka turut mengumpul dan membuang bahan lusuh dan perabot lama, memusnahkan tempat pembiakan tikus dan haiwan perosak lain di kawasan penjaja serta menanam pokok. Naib Presiden PASP, Norafika Idris berkata program kemasyarakatan itu terbahagi kepada 9 zon dimana pelajar UPM membersihkan zon G. “Sebelum ini kami telah menyertai program banjir bagi membantu melaksanakan kerja kebajikan membantu kerja pembersihan penduduk di Johor,” katanya. Seorang lagi pelajar PASP, Ahmad Fahmi Yusoff berkata beliau meraih pengalaman yang berbeza berbanding program lain yang disertainya sebelum ini. “Aktiviti pembersihan kali ini lebih mencabar kerana kawasan ini merupakan kawasan penjaja pasar. Sebelum ini kami sering menyertai aktiviti kemasyarakatan di kawasan kampung,” katanya. Program dalam kalender Kempen kebersihan Kuala Lumpur 2011 itu turut disertai penduduk Taman Sri Sentosa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,parti komponen Barisan Nasional kawasan Lembah Pantai, Alam Flora, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Persatuan Penjaja Pasar Taman Sri Sentosa. Program itu merupakan program penutup kepada projek mengecat dan baik pulih kerosakan yang siap dilaksanakan pada pertengahan tahun 2011 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:18113
Deposited By: Norhaliza Zainal
Deposited On:16 Aug 2011 06:25
Last Modified:27 May 2013 07:57

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 16 Aug 2011 06:25.

View statistics for "100 pelajar PASP sertai Program Gotong Royong Perdana di Taman Sri Sentosa"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.