Prestasi butiran 'arang tempurung kelapa sawit' dalam penurasan dua media.

Jusoh, Ahmad and Ghazali, Abdul Halim and Megat Mohd. Noor, Megat Johari (1989) Prestasi butiran 'arang tempurung kelapa sawit' dalam penurasan dua media. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Air dan Airsisa, 20-21 June 1989, UTM, Kuala Lumpur.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

211Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi butiran arang tempurung kelapa sawit dalam penurasan dua media untuk merawat air mentah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu model unit penurasan aliran ke bawah yang dihasilkan oleh tindakan graviti dan dikawal dengan tekanan yang malar. Dua jenis media turasan digunakan, pertama penuras satu media yang terdiri daripada media pasir yang mempunyai saiz efektif, E.S = Ø.5 mm (graviti tentu Gs =2.65 dan pekali keseragaman, U.C = 1.5), dan kedua penuras dua media yang terdiri daripada butiran arang tempurung kelapa sawit yang mempunyai saiz efektif, E.S. = 1.Ø mm ( graviti tentu Gs = 1.4 dan pekali keseragaman, U.C.= 1.5) di lapisan atas dan pasir yang serupa seperti penuras satu media di lapisan bawah. Penurasan air terenap menggunakan penuras satu media dan penuras dua media telah menghasilkan kualiti efluen yang setanding (iaitu kurang daripada Ø.4 NTU). Tetapi penuras dua media yang menggunakan butiran arang tempurung kelapa sawit mempunyai tempoh operasi tiga kali lebih lama daripada penuras satu media. Penuras dua media juga mampu menuras dengan kadar yang lebih laju.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subject:Oil palm - Utilization.
Subject:Filters and filtration.
Subject:Water treatment plants.
Faculty or Institute:Faculty of Engineering
ID Code:17972
Deposited By: Samsida Samsudin
Deposited On:08 Feb 2012 02:49
Last Modified:26 Nov 2013 02:00

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 08 Feb 2012 02:49.

View statistics for "Prestasi butiran 'arang tempurung kelapa sawit' dalam penurasan dua media. "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.