UPM Institutional Repository

Kata Sapaan Bahasa Melayu Pattani di Thailand


Citation

Che Su, Norizan (2006) Kata Sapaan Bahasa Melayu Pattani di Thailand. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan dalam kalangan masyarakat Melayu Pattani, di Thailand. Sampel kajian terdiri daripada 40% keturunan rakyat jelata, 40% keturunan diraja, dan 40% keturunan ulama. Dua kawasan yang dipilih sebagai lokasi kajian ialah Tambon Jabang Tiko Ampho Muang (bandar) dan Tambon Tanyong Luluk Ampho Muang (luar bandar). Objektif kajian adalah untuk menghasilkan profil kata sapaan bahasa Melayu Pattani, mengumpul kata sapaan bahasa Melayu asli berdasarkan status, dan kata sapaan kekeluargaan masyarakat Melayu Pattani di kawasan bandar dan di luar bandar. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengumpul kata sapaan bahasa Melayu Pattani yang dipengaruhi bahasa Thai. Untuk mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan Teori Sistem Panggilan dalam bahasa Melayu oleh Amat Juhari Moain (1989), diubah suai daripada Teori Ervin Tripp (1976). Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kata sapaan yang lazim digunakan oleh ketiga-tiga keturunan sampel berbeza berdasarkan lokasi dan terdapat juga perbezaan antara kata sapaan bahasa Melayu Pattani keturunan diraja dengan kata sapaan bahasa Melayu keturunan diraja di kawasan lain di Asia Tenggara. Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati bahawa kata sapaan yang digunakan untuk merujuk pekerjaan seseorang dipengaruhi bahasa Thai, terutama di kawasan bandar, iaitu di Jabang Tiko. Selanjutnya, penyelidik mengemukakan beberapa rajah kata sapaan bahasa Melayu Pattani asli mengikut keturunan, yang boleh dijadikan rujukan oleh masyarakat Melayu Thai yang sudah tidak boleh berbahasa Melayu akibat indoktrinasi pemerintah Thai.


Download File

[img]
Preview
PDF
549018_FBMK_2006_3.pdf

Download (116kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Forms of addresses - Thailand
Call Number: FBMK 2006 3
Chairman Supervisor: Professor Madya Noor Aina Binti Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Users 16 not found.
Date Deposited: 23 May 2008 20:04
Last Modified: 27 May 2013 06:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/171
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item