UPM Institutional Repository

Keupayaan kanak-kanak prasekolah menguasai ayat Bahasa Melayu.


Citation

Jamian, Abdul Rasid (2010) Keupayaan kanak-kanak prasekolah menguasai ayat Bahasa Melayu. Jurnal Linguistik, 11. pp. 1-14. ISSN 1823-9242

Abstract

Bahasa merupakan wadah untuk menyampaikan mesej kepada individu lain untuk difahami dan mempunyai makna. Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 5 tahun merupakan tahap penguasaan bahasa yang paling kritikal. Sehubungan itu, kajian ini dapat memberikan maklumat sebenar tentang penguasaan ayat kanak-kanak prasekolah. Persampelan kajian ini seramai 48 kanak-kanak, iaitu 25 kanak-kanak di bandar dan 23 kanak-kanak di luar bandar di daerah Ampang, Selangor dan jenis ayat yang dikaji ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Tinjauan perbualan dan transkripsi digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data bentuk ujaran ayat kanak-kanak prasekolah. Sehubungan itu, hasil kajian menunjukkan Min Panjang Ujaran atau MLU (Brown, 1973), ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak di bandar ialah ayat penyata (4.85 perkataan), ayat tanya (4.41 perkataan), ayat seruan (4.19 perkataan) dan ayat perintah (4.18 perkataan). Manakala kanak-kanak di luar bandar pula ialah ayat seruan (4.72 perkataan), ayat penyata (4.40 perkataan), ayat perintah (4.29 perkataan) dan ayat tanya (4.19 perkataan). Penghasilan binaan ayat pula, dapatan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak prasekolah dalam kajian ini, menghasilkan ayat jenis penyata dan ayat seruan. Secara keseluruhan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah merangkumi pelbagai jenis pola ayat dasar. Kesimpulannya, didapati lokasi tempat tinggal, dan pendedahan serta rangsangan merupakan agen yang mempengaruhi keupayaan kanak-kanak prasekolah menguasai ayat bahasa Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Keupayaan kanak.pdf

Download (85kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=322

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Mastery of syntax; Preschool children; Malay language.
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 08 May 2014 03:47
Last Modified: 08 Oct 2015 02:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15384
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item