Implikasi keterlibatan audiens belia dengan kempen perpaduan di televisyen: perbandingan belia melayu dan bukan melayu

Dahalan, Dzuhailmi and Ahmad, Nobaya and Abdullah, Nor Azliza Wanis and Hassan, Salleh and Othman, Jamilah and Muda, Mariah (2009) Implikasi keterlibatan audiens belia dengan kempen perpaduan di televisyen: perbandingan belia melayu dan bukan melayu. Malaysian Journal of Youth Studies, 1 . ISSN 2180-1649

Full text not available from this repository.

Abstract

Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen-kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara saluran media yang sangat berpengaruh dalam menyampaikan maklumat. Namun sejauh manakah saluran ini berkesan dalam penyampaian maklumat kempen perpaduan? Kertas ini membincangkan sejauh mana implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran, pengetahuan dan tingkah laku setelah menonton kempen perpaduan di televisyen Malaysia dengan melihat perbandingan di antara kumpulan belia Melayu dengan belia bukan Melayu.Implikasi keterlibatan audiens belia ditakrifkan sebagai situasi di mana belia memahami dan melibatkan diri dengan kempen-kempen perpaduan yang disiarkan menerusi televisyen Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 513 orang belia di sekitar Lembah Klang dan berumur antara 15 hingga 25 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran dan perasaan sahaja dengan kempen-kempen perpaduan di televisyen Malaysia di antara kumpulan belia Melayu dengan kumpulan belia bukan Melayu. Kajian juga menunjukkan bahawa televisyen masih lagi berperanan sebagai medium komunikasi bagi menyemai semangat perpaduan antara kaum khususnya golongan belia namun strategi penyampaian mungkin boleh diperkemas lagi dari masa ke semasa.

Item Type:Article
Keyword:Keterlibatan audiens belia; Media penyiaran; Kempen Perpaduan
Subject:Youth - Malaysia
Subject:Broadcasting - Social aspects - Malaysia
Subject:Mass media - Malaysia - Psychological aspects
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
ID Code:15126
Deposited By: Nida Hidayati Ghazali
Deposited On:23 Feb 2012 01:16
Last Modified:31 Oct 2012 00:49

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.