MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi.

[img] PDF
127Kb

Abstract

PANGKOR, 2 Ogos – Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Kedua, Univesiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pemantapan Organisasi : Ke Arah Kepemimpinan Sinergi 2011/2012 di Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor 16 hingga 19 Julai 2011 yang lalu. Pengarah program, Norafilah Md. Hussin berkata program yang mendapat kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dan Kementerian Pelajaran itu bertujuan mendedahkan mahasiswa mengenai tanggungjawab sosial selain mempraktikkan kemahiran insaniah. “Program ini merangkumi dua aktiviti iaitu SumbangKasih Siswa yang membolehkan pelajar menyelami cara hidup masyarakat perkampungan nelayan. Selain itu kita mengadakan program motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),” katanya. Norafilah berkata Sumbang KasihSiswa melibatkan pelajar UPM dengan aktiviti gotong-royong membersihkan surau, menyampaikan sumbangan kepada warga tua, orang kurang upaya, ibu tunggal dan penduduk kurang berkemampuan. Pelajar UPM turut berpeluang menyertai aktiviti bersama masyarakat termasuk sukan rakyat dan malam persembahan kebudayaan. Dalam program motivasi, beliau berkata pelajar sekolah didedahkan dengan bahaya masalah sosial termasuk ketagihan merokok, gejala rempit, buang bayi dan penyalahgunaan dadah. “Motivasi ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga adab dan tatasusila sebagai warga pelapis rakyat Malaysia,” ujarnya. Sementara itu, Pengetua Kolej Kedua, Rosna Abd. Raman berharap program itu dapat menjadi contoh untuk menerap nilai-nilai murni kepada pelajar. Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan atas kerjasama dan komitmen seluruh masyarakat kampung yang sama-sama menyokong semua aktiviti yang dijalankan.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:12589
Deposited By: Aznizultina Md Nazar
Deposited On:10 Aug 2011 01:40
Last Modified:27 May 2013 07:52

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Aug 2011 01:40.

View statistics for "MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.