Keyword Search:

Hubungan Rekabentuk Landskap Sekolah Dengan Pencapaian Prestasi Akademik Pelajar Sekolah Menengah Di Besut, Terengganu

Ismail, Moha Redzaudin (2008) Hubungan Rekabentuk Landskap Sekolah Dengan Pencapaian Prestasi Akademik Pelajar Sekolah Menengah Di Besut, Terengganu. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
776Kb

Abstract

Persekitaran pembelajaran adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian prestasi akademik pelajar. Persekitaran pembelajaran yang tidak selesa dan menjemukan biasanya melahirkan pelajar yang berpencapaian rendah. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau serta membandingkan persekitaran pembelajaran dan pencapaian prestasi akademi kpelajar sekolah menengah di Besut yang berbeza tahap pencapaian akademik. Peserta kajian terdiri daripada 300 orang pelajar merangkumi tiga tahap; biasa, sederhana dan baik dari tiga buah sekolah menengah di Daerah Besut. Soalan kaji selidik berasaskan penilaian visual diedarkan kepada pelajar berkenaan . Penganalisaan data melibatkan statistik deskriptif dimana peratusan, taburan kekerapan dan min setiap item telah digunakan untuk melihat indeks persepsi pelajar terhadap rekabentuk landskap sekolah berbanding dengan pencapaian prestasi akademik pelajar. Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran khususnya landskap sekolah mempunyai hubungan secara positif terhadap pencapaian prestasi akademi k pelajar. Terdapat perbezaan yang sighifikan d i antara pelajar biasa, sederhana dan baik dari segi pandangan mereka terhadap persekitaran sekolah. Hasil kajian ini j uga menunjukkan bahawa sekolah yang mempunyai persekitaran yang selesa dan menarik turut memberi kesan positif terhadap pencapaian prestasi akademi k pelajar. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak-pihak berkaitan untuk membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa, menarik dan kondusif di sekolah.

Item Type:Project Report
Subject:Landscape architecture - Academic achievement - High school students - Besut - Case studies
Chairman Supervisor:Suhardi Maulan, PhD
Call Number:FRSB 2008 9
Faculty or Institute:Faculty of Design and Architecture
ID Code:11960
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:19 Jul 2011 11:10
Last Modified:25 Jul 2011 10:31

Repository Staff Only: Edit item detail