Sipon, Dzukifli (1996) Iklim Organisasi Dan Perkaitannya Dengan Prestasi Kerja Pegawai Perunding Perbadanan Produktiviti Negara (Npc). Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1153Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara iklim organisasi dengan prestasi kerja pegawai perunding Perbadanan Produktiviti Negara (NPC). Seramai 92 orang pegawai perunding yang terdiri daripada pegawai perunding tingkatan biasa dan pegawai perunding tingkatan kanan yang dikategorikan dalam Gred E3 (Pegawai Latihan - Kumpulan Pengurusan dan Profesional) menurut skim perkhidmatan Sistem Saraan Baru (SSB) dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah persampelan stratifikasi. Kajian menggunakan soal selidik berstruktur yang ditadbir sendiri oleh responden sebagai peralatan kajian. Kajian mendapati responden menganggap iklim organisasi NPC adalah pada tahap sederhana dan prestasi kerja pegawai perunding adalah pada tahap tinggi. Iklim organisasi didapati mempunyai perkaitan positif yang lemah dengan prestasi kerja pegawai perunding NPC. Hasil kajian ini adafah hampir sama dengan beberapa kajian yang dijalankan di Barat.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Chairman Supervisor: | Dr. Maimunah Ismail |
| Call Number: | FPP/L 1996 11 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 11158 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 18 Jul 2011 16:01 |
| Last Modified: | 26 Aug 2011 09:06 |
Repository Staff Only: item control page