UPM Institutional Repository

Analisis Keperluan Latihan Untuk Pegawai Tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia


Citation

Hamzah, A'ni (1995) Analisis Keperluan Latihan Untuk Pegawai Tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Analisis keperluan latihan pegawai tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dijalankan selaras dengan perancangan pengkorporatan universiti ini. Kajian ini bertujuan mengetahui pengetahuan dan kemahiran N3 yang diperlukan bagi membantu universiti ini mencapai misi barunya. Kajian ini juga adalah untuk mengetahui kecukupan kemahiran N3 dan keperluan latihan mereka mengikut jabatan (Jabatan Pendaftar, Canselori dan Fakulti). Selain dari itu, kajian juga adalah untuk melihat perbezaan tanggapan antara N3 dan ketua mereka terhadap keperluan latihan. Kajian ini berdasarkan tugas-tugas N3 dan tertumpu kepada fungsifungsi pengurusan. Responden terdiri daripada 37 orang N3 dan 37 orang ketua atau penyelia mereka. Kajian ini menggunakan dua komponen penilaian iaitu perkaitan dengan tugas dan kecekapan pegawai. Keutamaan latihan dikategorikan mengikut gabungan skor purata komponen 'perkaitan dengan tugas' dan 'kekurangan kemahiran'. Darjah keperluan latihan yang tinggi ditunjukkan oteh pasangan skor 'perkaitan dengan tugas' yang tinggi dan skor 'kekurangan kemahiran' yang tinggi. Analisis keperluan Iatihan ini mendapati bahawa dari aspek perkaitan subjek latihan dengan tugas, 60.7% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap sederhana dan 39.3% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap tinggi. Dad aspek kekurangan kemahiran pula, 2 1 .4% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap sederhana dan 78.6% mempunyai skor pemberat pada tahap tinggi.


Download File

[img] PDF
FPP_L_1995_7_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Training needs
Call Number: FPP/L 1995 7
Chairman Supervisor: Prof. Madya. Dr. Hj. Saidin bin Teh
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 18 Jul 2011 08:38
Last Modified: 04 May 2012 08:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11138
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item