Sangun, Enisar (1993) Kesan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran ke Atas Pengetahuan dan Kemahiran Kerja Ladang Pelajar Diploma Pertanian Tahun Satu UPM. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1232Kb |
Abstract
Objektif kajian eksperimen quasi ini adalah: 1) Untuk mengenal pasti kesan penggunaan pelbagai media pengajaran terhadap pengetahuan pelajar; 2) Untuk mengenal pasti kesan kemahiran pengajar dalam menggunakan kaedah pengajaran tunjuk cara terhadap tahap kemahiran pelajar; dan 3) Untuk mengenal pasti tanggapan pelajar terhadap penggunaan media pengajaran berbentuk video pengajaran dan nota pengajaran untuk Latihan Kerja Ladang. Kajian dijalankan mengikut Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Serupa. Seramai 137 orang pelajar Diploma Pertanian Tahun Satu UPM Sesi 1992/93 dapat menyertai kajian ini. Pelajar telah menonton video pengajaran dan diberi nota mengikut kumpulan. Selain itu, pengajar juga menonton video dan diberi nota pengajaran yang sama, serta mengikuti satu bengkel penggunaan pelbagai media pengajaran untuk kerja ladang.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Agricultural students - Study and teaching - Audiovisual aids - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Haji Md. Salleh Haji Hassan, PhD |
| Call Number: | FPP/L 1993 8 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 11105 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 15 Jun 2011 14:27 |
| Last Modified: | 15 Jun 2011 14:29 |
Repository Staff Only: item control page