Abu Zarim, Zainal (1993) Persepsi Pegawai Tadbir Terhadap Program Latihan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
1443Kb |
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau persepsi pegawai tadbir terhadap program latihan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tujuh aspek iaitu objektif kursus,kegunaan kursus, proses perancangan, suasana pembelajaran, peluang-peluang untuk mengikuti latihan, penyampaian dan pengendalian kursus dan penilaian kursus. Selain itu, kajian ini juga melihat samada terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pegawai, tadbir berhubung dengan aspek program latihan dari segi jantina, tempat bertugas, umur, pengalaman kerja dan tempoh lama berkhidmat di tempat bertugas sekarang. Soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data mengenai persepsi lima puluh empat pegawai tadbir UKM terhadap setiap aspek program latihan diatas. Frekuensi, peratus dan min telah digunakan dalam analisis ini. Manakala Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan persepsi responden berhubung dengan aspek program latihan dari jantina dan tempat bertugas. Sementara analisis regresi digunakan untuk melihat perbezaan persepsi dari segi umur, pengalaman kerja dan tempoh lama berkhidmat di tempat bertugas sekarang.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Employees - Training of - Malaysia |
| Call Number: | FPP/L 1993 4 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 11100 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 15 Jun 2011 05:53 |
| Last Modified: | 03 May 2012 05:31 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 15 Jun 2011 05:53.