UPM Institutional Repository

Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pengetahuan Kandungan Pedagogi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Satu


Citation

Yasin, Maizura (2010) Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pengetahuan Kandungan Pedagogi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Satu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) bagi Tingkatan Satu. Mata pelajaran ini diperkenalkan kembali pada 2005 secara berperingkat bermula di sekolah rendah Tahun Empat dan menengah Tingkatan Satu, dengan harapan dapat melahirkan warganegara yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka, menghargai perpaduan dan mengapreasiasi kepelbagaian budaya Malaysia. Seramai 300 guru di Terengganu daripada guru pelbagai bidang pengkhususan pengajaran menjadi responden dalam kajian ini. Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengadakan Kursus Kejurulatihan kepada guru yang bakal mengajar mata pelajaran ini. Bagaimanapun, kursus ini dikendalikan dalam tempoh yang singkat dan tidak melibatkan semua guru yang akan mengajar mata pelajaran ini. Fenomena ini mungkin mempunyai implikasi terhadap pengetahuan kandungan pedagogi guru PSK. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan satu set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan infrensi, iaitu Ujian t dan Analisis Varians Satu Hala (ANOVA). Dapatan menunjukkan bahawa lebih daripada sebahagian (53.3%) responden mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap pengetahuan kandungan pedagogi PSK. Bagaimanapun, majoriti responden memperolehi tahap kesediaan rendah terhadap pengetahuan kandungan dan tahap kesediaan sederhana terhadap pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi khusus PSK, dan pengetahuan tentang karakteristik murid. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan t (298) = .905, p> .05 antara guru yang mengajar aliran pengkhususan sains dan sastera, tentang tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi PSK. Seterusnya, dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan t (298) = 5.365, p< .05, bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi PSK antara guru yang telah mengikuti latihan dan tanpa latihan. Selain itu, dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi berdasarkan tempoh pengalaman mengajar dengan ujian F (7,292) = 2.604, p<.05. Akhirnya, dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi berdasarkan tempoh pengalaman mengajar PSK dengan ujian F (4, 295) = 5.917, p <.05.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP_2010_1_A.pdf

Download (372kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Citizenship - Study and teaching (Secondary) - Terengganu - Case studies
Subject: Civics - Study and teaching (Secondary) - Terengganu
Subject: Civics, Malaysian - Study and teaching
Call Number: FPP 2010 1
Chairman Supervisor: Abdul Rahman Md. Aroff, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 13 Jun 2011 02:41
Last Modified: 27 May 2013 07:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11069
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item