UPM Institutional Repository

Ayat Majmuk Bahasa Melayu dalam Tuhfat Al-Nafis


Citation

Salleh, Ibrahim (2003) Ayat Majmuk Bahasa Melayu dalam Tuhfat Al-Nafis. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tugas penting tatabahasa untuk menghuraikan unsur bahasa dalam pembinaan ayat yang baik. Oleh itu, tatabahasa sebagai dasar yang menjadi pedoman dalam menentukan betul salahnya ayat yang dihasilkan oleh seseorang, seharusnya dibuat secara formal. lni demikian kerana tatabahasa akan menjelaskan bagaimana kata terbentuk, dan bagaimana pula kata dengan kata saling berhubungan dalam membentuk ayat. Berdasarkan hakikat inilah kajian terhadap ayat majmuk bahasa Melayu ini dilakukan. Kajian ini berlandaskan prinsip linguistik yang didasarkan pada prinsip tatabahasa transformasi generatif. Premis utama kajian ini ialah setiap ayat mempunyai struktur dasar dan struktur permukaan. Struktur dasar memberikan pentafsiran semantik, dan struktur permukaan dihasilkan daripada struktur dasar melalui rumus transformasi tertentu dan tersusun. Dalam proses perubahan itulah terjadinya peluasan, penambahan, penggantian, pengguguran atau penyusunan, semula unsur pada peringkat struktur dasar. Kajian ini dibuat berasaskan bahan bertulis daripada sumber teks lama, iaitu Tuhfat Al-Nafis. Tuhfat Al-Nafis merupakan dokumen penting tentang masyarakat Melayu kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Teks ini mengetengahkan bentuk bahasa dalam kehidupan harian, baik dari segi leks ikon, struktur ayat mahupun ragam dan gaya bahasanya. Isinya merupakan pemerhatian karyawan dan sorotannya terhadap kehidupan dan alam sekeliling, iaitu alam lahiriah dan alam batiniah, persekitaran fizikal, psikologi dan metafizika. Dalam konteks inilah ayat majmuk dalam Tuhfat Al_Nafis dikaji. Analisis ayat majmuk dalam teks ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kesinambungan bentuk ayat, terutama ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan (herkait, pelengkap, dan keterangan), dan ayat majmuk campuran. Hasil daripada analisis ayat majmuk dalam teks tersebut juga telah dapat dikenal pasti bentuk ayat majmuk bahasa Melayu yang mempunyai tradisi dan akar umbinya, dan variasi bentuk ayat majmuk dalam teks lama. Dengan penemuan ini dapatlah juga ditentukan pola ayat majmuk yang mantap, sahih dan berkesinambungan dalam perkembangan bahasa Melayu untuk penyusunan tatabahasa baku yang lebih berpada. Hakikat ini tentunya akan memberikan matra baharu ke arah pemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.


Download File

[img] Text
FBMK_2003_16.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Compound words
Call Number: FBMK 2003 16
Chairman Supervisor: Associate Professor Shameem Mohd Rafik Khan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 22 Mar 2011 02:12
Last Modified: 26 Mar 2024 07:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10312
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item