Alumni UiTM kongsi maklumat tingkat sistem pengurusan dengan Alumni UPM

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Alumni UiTM kongsi maklumat tingkat sistem pengurusan dengan Alumni UPM.

[img] PDF
154Kb

Abstract

SERDANG, 23 Feb– Pusat Perhubungan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengadakan pertemuan dengan Pusat Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi bertukar pandangan dalam usaha meningkatkan sistem pengurusan alumni. Pengarah Pusat Alumni UPM, Dr. Rohani Ibrahim berkata, pada pertemuan singkat yang dihadiri kira-kira 40 wakil alumni UiTM di UPM itu banyak perkara telah dibincangkan termasuk penambahbaikan pengurusan dan pelaksanaan program alumni. “Dalam pertemuan pihak Alumni UiTM juga telah meminta pandangan daripada Alumni UPM dalam menjayakan beberapa program mereka antaranya Projek Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). “Selain itu kami juga berkongsi maklumat mengenai pelaksanaan program Alumni UPM termasuk program Outreach UPM Alumni, program mentoring , pelaksanaan syarahan awam Yayasan Pak Rashid dan syarahan awam alumni secara berkala di UPM,” katanya. Menurut Rohani, Alumni UPM juga mencadangkan alumni UiTM melaksanakan program berimpak tinggi sama ada anjuran bersendirian atau bersama UiTM. Selain itu beliau turut mengingatkan bahawa pejabat alumni di universiti perlu ‘dilihat, didengari dan dirasa’ oleh komunti di luar kampus melalui aktiviti yang berimpak, berkesan dan output yang berkualiti. “Dua perkara penting yang harus ditanam dalam diri pelajar semasa mereka berada di kampus iaitu sense of belonging dan sense of pride kerana inilah semangat yang harus ada pada semua alumni untuk menjadikan mereka duta kepada Alma mater masing-masing. “Mereka pembawa berita kehebatan dan lambang kecemerlangan institusi di mana-mana sahaja mereka berada,” ujarnya. Sementara itu, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UiTM, Rosilawati Abdul Jamil berkata, berdasarkan pertemuan itu, banyak maklumat dapat dikongsi terutamanya mengenai sistem pengurusan dan pelaksanaan program alumni. “Pihak Alumni UiTM bertanya mengenai pelaksanaan program syarahan umum Yayasan Pak Rashid anjuran UPM dan kita juga berkongsi maklumat dengan UPM mengenai pelaksanaan Program Simfoni Kasih anjuran UiTM. “Selain itu kami juga berkongsi maklumat mengenai bagaimana UiTM melaksanakan sistem E-Alumni yang bertujuan menghubungkan antara pusat alumni dengan alumni dan memudahkan alumni mengemas kini data,” katanya.

Item Type:UPM News
ID Code:10275
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:02 Mar 2011 00:15
Last Modified:27 May 2013 07:45

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 02 Mar 2011 00:15.

View statistics for "Alumni UiTM kongsi maklumat tingkat sistem pengurusan dengan Alumni UPM"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.