Mat Arshad, Adzemi (1990) Kesan Pengapuran ke Atas Pertumbuhan dan Pengeluaran Hasil Jagung dan Kacang Tanah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 3761Kb |
Abstract
Satu penyelidikan ladang telah dijalankan di atas dua tanah Ultisol, Siri Bungor dan Siri Rengam (Tipik Paleudult) bagi mengkaji kesan pengapuran ke atas pertumbuhan dan pengeluaran hasil jagung dan kacang tanah. Enam kadar pengapuran menggunakan Batu Kapur Magnesium Hancur (BKHH) diuji, iaitu 0, 0.5, 1.0, 2.0, 4.0 dan 8.0 mt ha-1 dan digaul sedalam 0-15 sm. Satu perlakuan mutlak diadakan di mana baja dan kapur tidak diberi. iai tu jagung (Zea mays L. cv. Thai Super sweet) dan kacang tanah (Arachis hypogaea L. cv. Mat Jam/Indonesia) yang ditanam secara bergilir-gilir dimulai dengan tanaman jagung, diikuti oleh kacang tanah dan jagung bagi kedua-dua siri tanah. eputusan menunjukkan bahawa pengapuran pada kadar 1.0 mt ha-1 BKMH diperlukan bagi pengeluaran hasH jagung pada tanah Siri Bungor manakala pengapuran tidak diperlukan pada tanah Siri Rengam. Hasil berat kering pokok jagung 2 pada tanah Siri Bungor dan kedua-dua tanaman jagung pada tanah Siri Rengam didapati bertambah dengan pengapuran tetapi hasil berat kering pokok jagung 1 pada tanah Siri Bungor tidak dipengaruhi oleh pengapuran.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Corn - Planting |
| Subject: | Peanuts - Planting |
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Dr. Sharifuddin Haji Abdul Hamid |
| Call Number: | FP 1990 2 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Agriculture |
| ID Code: | 10273 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 21 Mar 2011 10:25 |
| Last Modified: | 12 Sep 2011 14:58 |
Repository Staff Only: item control page