Penggunaan dan Pemuasan Kehendak Terhadap World Wide Web (WWW) dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia

Ishak, Mohd Sobhi (2003) Penggunaan dan Pemuasan Kehendak Terhadap World Wide Web (WWW) dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
4Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada sikap dan pandangan pelajar Universiti Utara Malaysia terhadap media World Wide Web (WWW) mcmpengaruhi penggunaan media berkenaan dalam persekitaran pembelajaran di Universiti. Berasaskan teori penggunaan dan pemuasan kehendak (uses and gratifications theory), kajian ini dijalankan dalam tiga fasa iaitu menggunakan soalselidik bercetak, soalselidik berkomputer dan analisis kandungan ke atas laman web yang dikunjungi pelajar. Dalam fasa pertama kajian, sebanyak 353 orang pelajar telah menjawab instrumen soalselidik bercetak. Hasil kajian fasa ini mendapati bahawa kebanyakan pelajar percaya bahawa WWW merupakan media yang penting dalam pengajian mereka. Mereka juga mengakui bahawa WWW adalah sumber maklumat, komunikasi dan hiburan yang terbaik. Lapan motif penggunaan WWW dinyatakan oleh pelajar iaitu "penyelidikan dan pembelajaran", "mengakses hiburan dengan mudah", "komunikasi dan interaksi sosial", "mengisi masa lapang ketika bosan", "mengakses bahan yang sukar diperolehi", "mendapatkan bantuan teknikal dan maklumat produk", "mcngakses laman permainan dan seks" dan "transaksi pengguna dan membeli belah". Ujian korelasi yang dijalankan ke atas sikap terhadap WWW dan tahap kemahiran menggunakan WWW menunjukkan terdapat perkaitan positif yang signifikan dengan motif penggunaan WWW yang dinyatakan. Selain daripada itu, ujian-t yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara pelajar lelaki dan wanita dalam menggunakan WWW untuk "mengakses laman permainan dan seks" dan "transaksi pengguna dan membeli belah". Sebanyak 296 responden fasa pertama telah menjadi responden dalam fasa kedua kajian yang menggunakan instrumen soalselidik berkomputer. Lapan motif yang dinyatakan dikemukakan khusus untuk mengenalpasti tujuan utama pelajar berkenaan menggunakan WWW pada masa tersebut (motif yang ingin dipenuhi.- gratification sought). Fasa terakhir kajian adalah analisis kandungan ke atas laman web yang dikunjungi oleh responden dalam fasa kedua kajian untuk mendapatkan gambaran umum penggunaan sebenar medium tersebut. Sebanyak 126,711 buah laman web telah dikunjungi oleh pelajar. Dari jumlah tersebut, 500 laman web dipilih secara rawak untuk dianalisa oleh jurukod yang mahir mengenai WWW. Daripada sampel domain .com mencatatkan jumlah kunjungan paling tinggi (8l.1%) berbanding laman lain. Walau bagaimanapun laman web dalam domain.com ini dicatatkan mempunyai "kesesuaian pembelajaran akademik" yang rendah (min=1.42). Sungguhpun pelajar menyatakan bahawa tujuan utama mereka menggunakan WWW pada masa tersebut (kajian fasa kedua) adalah untuk "penyelidikan dan pembelajaran" (52.4:%), analisis oleh jurukod ke atas laman web yang dikunjungi mendapati bahawa kategori berkenaan hanya dikunjungi sebanyak 30.8% sahaja. Sebaliknya kategori penggunaan lain iaitu mengakses hiburan dengan mudah, "mendapatkan bantuan tcknikal dan maklumat produk", "mengisi masa lapang ketika bosan", "mengakses bahan yang sukar diperolehi" dan "mengakses laman permainan dan seks" pula mencatatkan peningkatan penggunaan yang tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa selain daripada penggunaan WVVW untuk tujuan akademik, pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia juga didapati menggunakan kemudahan tersebut untuk memenuhi keinginan personal mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:World Wide Web
Chairman Supervisor:Professor Madya Dr. Hj. Md. Salleh Hj. Hassan, PhD
Call Number:FBMK 2003 11
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:10264
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:21 Mar 2011 02:50
Last Modified:12 Sep 2011 05:10

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 21 Mar 2011 02:50.

View statistics for "Penggunaan dan Pemuasan Kehendak Terhadap World Wide Web (WWW) dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.