Gangguan dalam Sistem Giliran Bertutur Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik

Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2002) Gangguan dalam Sistem Giliran Bertutur Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik. PhD thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1591Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu. Sampel kajian adalah terdiri daripada 36 orang kanak-kanak tabika Kemas yang dipilih secara 'persampelan rawak berlapis' daripada 3 buah tabika Kemas, iaitu Tabika Kenari, Tabika Ibnu Sina, dan Tabika Harapan Murni dan Tadika AI-Hafiz, Kajang. Dalam kajian ini, teori Relevans (1986, 1995), telah digandingkan dengan kerangka analisis perbualan Schlobinski (1996), untuk membincangkan gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu dan menginterpretasi penggunaan ironi dan metafora dalam ujaran kanak-kanak Melayu. Hasil kajian mendapati kanak-kanak mencetuskan gangguan dengan tujuan menyampaikan maklumat, menambahkan maklumat, mendapatkan giliran bertutur dan melahirkan perasaan simpati. Namun, terdapat juga gangguan yang dicetuskan oleh kanak-kanak untuk menyatakan bantahan dan mencetuskan konflik. Selaln itu, kajian juga mendapati penggunaan bahasa yang ironi dan metafora digunakan untuk menyampaikan idea, sindiran, dan konsep-konsep yang relevan mengikut konteksnya. Penggunaan ironi dan metafora turut menyerlahkan darjah kefahaman interpretif antara penutur dan pendengar bagi membolehkan komunikasi berjalan lancar. Dapatan kajian juga menunjukkan konteks dan kognisi berperanan dalam komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak menyampaikan maklumat yang terkandung dalam kognisi mereka mengikut konteks yang relevan. Konteks juga turut berfungsi menetapkan makna ujaran itu. Seterusnya penggunaan Rangka Rujuk Silang pula didapati dapat mengesan elipsis kata ganti nama diri (KGND), dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Oleh yang demikian, pendekatan pragmatik didapati berwibawa dalam menginterpretasi makna ujaran kanak-kanak Melayu. Hasil gabungan teori Relevans dan kerangka analisls perbualan Schlobinski didapati telah menghasilkan dapatan kajian yang jitu tentang makna ujaran dan tingkah laku kanak-kanak Melayu ketika mereka berkomumkasi. Teori Relevans berwibawa kerana teori ini menekankan kepentingan konteks dan kognisi dalam menginterpretasi makna ujaran.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Speech disorders in children
Chairman Supervisor:Associate Professor Noor Aina Dani, PhD
Call Number:FBMK 2002 11
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:10162
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:10 Mar 2011 03:22
Last Modified:10 Mar 2011 03:23

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Mar 2011 03:22.

View statistics for "Gangguan dalam Sistem Giliran Bertutur Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.