Novel-Novel Zailiani Taslim: Analisis Kehendak Remaja

Mohd Hanafiah, Halis Azhan (2002) Novel-Novel Zailiani Taslim: Analisis Kehendak Remaja. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
636Kb

Abstract

Zailiani Taslim telah muncul sebagai salah seorang penulis Malaysia yang secara konsisten menghasilkan karya dalam genre sastera remaja. Karya-karya penulis ini dalam genre berkaitan memperlihatkan penampilan remaja secara berkesan dalam masyarakat yang diwakilinya. Kajian ini melibatkan enam buah novel beliau iaitu Jambatan Kasih, Dari Padang Hijau, Semesra Kota Ku, Ladang, Keringat Dan Ginta, Meredah Onak dan Hempasan Ombak. Memandangkan novel remaja turut menyumbang kepada pembangunan diri remaja, maka kajian ini bermatlamat untuk melihat kehendak-kehendak yang ingin dipenuhi oleh remaja dalam kehidupan mereka. Untuk melihat kehendak-kehendak ini secara sistematik, maka teori Hierarki Kehendak Manusia yang dicetuskan oleh Abraham H. Maslow digunakan. Dalam konteks ini, aspek watak dan perwatakan remaja tidak diketepikan. Keputusan kajian mendapati bahawa watak-watak memperagakan nilai-nilai positif yang konsisten dalam mencapai kehendak-kehendak mereka. Semua watak mencapai tiga peringkat pertama hierarki kehendak iaitu peringkat kehendak fisiologi, peringkat kehendak keselamatan dan peringkat kehendak kasih sayang dan keinginan dimiliki, empat daripada enam watak mencapai peringkat penghargaan kendiri dan tiada seorang pun mencapai peringkat penyempurnaan kendiri.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Malay literature - Stories, plots, etc.
Chairman Supervisor:Dr. Ramli @ Sahari Bin Isin
Call Number:FBMK 2002 10
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:10161
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:10 Mar 2011 03:18
Last Modified:10 Mar 2011 03:19

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Mar 2011 03:18.

View statistics for "Novel-Novel Zailiani Taslim: Analisis Kehendak Remaja"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.