UPM Institutional Repository

Penggunaan Unsur Alam Sebagai Perlambangan dalam Puisi Melayu Moden


Citation

Hassan, Zurinah (2001) Penggunaan Unsur Alam Sebagai Perlambangan dalam Puisi Melayu Moden. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Latihan ilmiah ini meneliti dan menganalisis penggunaan unsur alam sebagai perlambangan di dalam PUISI Melayu moden. Perlambangan atau simbolisme adalah aspek yang penting di dalam penulisan PUISI untuk tujuan pengkajian ini, istilah perlambangan digunakan dalam pengertiannya yang luas merujuk kepada penggunaan sesuatu pekataan untuk membawa makna yang lebih dan maknanya yang biasa. Perlambangan terjadi bila sesuatu perkataan diasosiasikan dengan sesuatu objek atau idea yang lain. Perlambanganm biasanya terlihat di dalam metafora, Simili dan personifikasi. Kajian ini cuba mengenal pasti sumber pembinaan sesebuah metafora, simili dan personifikasi. Punca terpentlng ialah alam persekltaran di sekeliling seorang penyair. Kebanyakan PUISI adalah merupakan reaksi atau kesan alam sekeliling pada emosi atau pemikiran penyair. Penyair menghubungkan unsur-unsur alam di sekitarnya dengan kehdupan dan perlakuan manusia. Melalui kajian ini dapatlah dianalisis hubungan dan pertalian tersebut. Pembicaraan ini dibuat dengan meneliti sejumlah 193 buah PUISI yang dikutip dan pelbagai kumpulan dan antologi PUISI yang diterbitkan di Malaysia dan tahun 1969 hingga 1999 meliputi jangka masa tiga puluh tahun. Hampir semua peyair-penyair yang dianggap pentlng diwakili di dalam kajian ini. Bahagian pertama pembicaraan ditumpukan kepada penggunaan unsur alam dan alam jagat raya atau alam semula jadi. Tergolong di bawah ini ialah penggunaan pohon dan tumbuh-tumbuhan, laut, gunung dan sungai, peredaran masa dan cuaca dan pelbagai jenis haiwan. Alam semula jadi atau alam jagat raya adalah unsur yang paling dominan di dalam PUISI-PUISI yang dlkaji. Unsur kedua ialah alam ciptaan manusia yang meliputi jalanraya, pengangkutan darat seperti bas dan perhentian bas, keretapi dan perhentian keretapi. Di bawah unsur ini termasuk juga pengangkutan laut seperti kapal dan pelabuhan. Perlambangan di dalam puisi Melayu moden adalah bertolak dari perlambangan yang telah terkenal dan diterima di dalam puisi Melayu tradisi terutama pantun dan peribahasa Kebanyakan perkataan yang digunakan membawa makna yang sama sepertimana yang digunakan di dalam PUISI warisan. Terdapat keseragaman dan persamaan di dalam penggunaan lambang dan perlambangan di antara penyair walaupun mereka menulis secara individu dari tempat yang berlainan.


Download File

[img] Text
FBMK_2001_8_IR.pdf

Download (587kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay poetry
Call Number: FBMK 2001 8
Chairman Supervisor: Encik Kamaruzzaman bin A. Kadir
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 25 Feb 2011 07:51
Last Modified: 06 Dec 2023 01:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9940
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item