UPM Institutional Repository

Pengaruh kebolehgunaan, penerimaan dan pengurusan perubahan sistem pengurusan sekolah terhadap keberkesanannya di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia


Citation

Wan Mahmud, Wan Marfazila (2019) Pengaruh kebolehgunaan, penerimaan dan pengurusan perubahan sistem pengurusan sekolah terhadap keberkesanannya di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sistem maklumat pengurusan pada masa kini memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah organisasi. Sekolah juga tidak ketinggalan dalam penggunaan sistem maklumat dalam pengurusan di sekolah. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk meramal pengaruh di antara kebolehgunaan, penerimaan dan pengurusan perubahan SPS terhadap keberkesanan sekolah, meramal jantina guru berperanan sebagai moderator dalam pengaruh kebolehgunaan, penerimaan dan pengurusan perubahan SPS terhadap keberkesanan sekolah dan seterusnya membentuk model ramalan yang sepadan berkaitan dengan kebolehgunaan sps, penerimaan sps dan pengurusan perubahan SPS terhadap keberkesanan sekolah. Kajian ini dilakukan mengikut negeri dan zon di semenanjung Malaysia yang telah terpilih secara rawak iaitu Zon Tengah (Daerah Petaling Perdana, Selangor), Zon Utara (Daerah Timur Laut, Pulau Pinang), Zon Timur (Daerah Kota Bahru, Kelantan) dan Zon Selatan (Daerah Johor Bahru, Johor). Rekabentuk kajian deskriptif dan juga korelasimelalui kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik di edar kepada 420 orang guru yang merupakan sampel dalam kajian ini. Pemilihan sampel menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata dan rawak mudah. Lima konstruk yang terlibat dalam kebolehgunaan SPS yang terdiri daripada kualiti, kualiti maklumat, kualiti perkhidmatan, kepuasan dan penggunaan. Manakala, empat konstruk untuk mengukur penerimaan SPS yang terdiri daripada jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan. Seterusnya, lima konstruk bagi mengukur pengurusan perubahan SPS yang terdiri daripada kesedaran, keinginan, pengetahuan, keupayaan dan pengukuhan. Data ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan IBM SPSS dan AMOS versi 22.0. Manakala, Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM) digunakan bagi pengujian hipotesis. Hasil analisis statistik deskriptif menunjukkan tahap keberkesanan sekolah berada pada tahap rendah. Nilai min keseluruhan bagi kebolehgunaan SPS, penerimaan SPS dan pengurusan perubahan SPS adalah rendah. Hasil analisis menunjukkan model pengaruh kebolehgunaan SPS, penerimaan SPS dan pengurusan perubahan SPS terhadap keberkesanan sekolah mencapai padanan yang baik berdasarkan nilai (RMSEA=.046, p=.000, CFI=.903, IFI=.903, TLI=.900 dan CMIN/df=1.815). Pemboleh ubah kebolehgunaan SPS, penerimaan SPS dan pengurusan perubahan SPS menyumbang secara keseluruhan sebanyak 64% kepada keberkesanan sekolah. Pemboleh ubah kebolehgunaan SPS dan penerimaan SPS mempunyai hubungan langsung yang signifikan dengan keberkesanan sekolah. Sementara itu, jantina didapati bukan moderator bagi pemboleh ubah kebolehgunaan SPS, penerimaan SPS dan pengurusan perubahan SPS terhadap keberkesanan sekolah. Implikasinya, cadangan terhadap pengurusan perubahan SPS patut dipertingkatkan bagi membantu guru-guru bersedia dan memahami dalam pelaksanaan SPS bagi meningkatkan lagi keberkesanan sekolah sekali gus pembangunan di sekolah. Perkara ini penting bagi memastikan guru-guru dapat menerima perubahan yang berlaku dalam pelaksanaan sesuatu dasar yang baru di sekolah dengan lebih berkesan. Aspek kebolehgunaan SPS pula, pengkaji mencadangkan sistem yang diaplikasikan di sekolah sewajarnya diberi perhatian yang mendalam oleh pihak atasan agar ianya memberi keberkesanan yang berkesan terhadap sekolah. Ini bertujuan untuk menggalakkan keberkesanan sekolah yang lebih sistematik dalam usaha meningkatkan penggunaan sistem pengurusan sekolah (SPS). Justeru, ketiga-tiga pemboleh ubah ini memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan kualiti SPS terhadap pembangunan pengurusan di sekolah.


Download File

[img] Text
WAN MARFAZILA BINTI WAN - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: School management and organization
Subject: Education, Secondary - Malaysia
Call Number: FPP 2020 37
Chairman Supervisor: Habibah Ab. Jalil, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 04 Apr 2023 03:33
Last Modified: 04 Apr 2023 03:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99396
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item