UPM Institutional Repository

Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan


Citation

Hamdan, Rahimah (2021) Kerangka kemodenan kesusasteraan Abdullah Munshi dalam syair pilihan. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini membincangkan kemodenan kesusasteraan dalam syair-syair Melayu berdasarkan kerangka Abdullah Munshi. Bertitik tolak dengan kedatangan kolonial British ke Alam Melayu sekitar abad ke-19 Masihi, masyarakat di rantau ini diperkenalkan dengan satu bentuk genre baharu dalam korpus kesusasteraan mereka. Genre tersebut ialah autobiografi yang bersumberkan kemodenan sastera di Barat. Menerusi pengenalan genre baharu ini, penjajahan British dirasionalkan menerusi sumbangan keilmuan mereka kepada negeri-negeri jajahan khususnya Alam Melayu. Rentetan daripada itu, muncul Abdullah Munshi sebagai pemangkin gaya penulisan baharu dalam konvensi kesusasteraan Melayu. Penulisan yang menolak bentuk puisi dijadikan sandaran kepada penobatan Abdullah Munshi sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Namun, meneliti karya-karya awal beliau, didapati bentuk syair digunakan sebagai wahana pertama rakaman peristiwa realiti dan bukannya karya prosa yang diangkat oleh kemodenan sastera Barat. Dengan menggunakan analisis kandungan sebagai metodologi kajian, beberapa aktiviti dilakukan bagi mencapai objektif kajian. Aktiviti dimulai dengan mengenalpasti ciri-ciri kemodenan sastera Abdullah Munshi menerusi perspektif dua kelompok sarjana iaitu sebelum dan selepas merdeka sehingga kini. Aktiviti diteruskan dengan mengenalpasti makna realiti menurut perspektif masyarakat Melayu tradisional dan dihubungkan dengan penggolongan syair oleh beberapa sarjana mengikut tema tertentu berteraskan kepada konsep ‘kesedaran diri sastera’ oleh V.I.Braginsky. Ini membawa kepada dapatan kajian pertama iaitu pembinaan kerangka Kemodenan Sastera Abdullah Munshi berteraskan kepada konsep realisme dan individualisme. ‘Realisme’ merangkumi penekanan kepada logik dan penolakan kepada tahyul dan khurafat serta ‘individualisme’ mementingkan penekanan kepada pandangan individual dan penolakan kepada autoriti institusi. Seterusnya, klasifikasi syair berteraskan realiti mengikut tema berjaya diperolehi yang dianalisis menggunakan kerangka Kemodenan Sastera Abdullah Munshi. Dapatan kedua diperolehi iaitu lima syair pilihan menepati kerangka Kemodenan Sastera Abdullah Munshi yang diperjelaskan menerusi hubungan syair dengan khalayaknya, penaung kerja penulisan serta pengarangnya. Kesimpulannya, syair adalah bukti keintelektualan dan kegemilangan keilmuan Melayu yang terlebih dahulu mencapai kemodenan sastera sebelum pengenalan autobiografi oleh Barat dengan kebaharuan dalam kajian menerusi pembinaan Kerangka Kemodenan Sastera Rahimah-Arbaie.


Download File

[img] Text
RAHIMAH BINTI HAMDAN - IR.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Abdullah Abdul Kadir, Munshi, 1796-1854 - Criticism and interpretation.
Subject: Malay literature - 1796-1854
Call Number: FBMK 2021 29
Chairman Supervisor: Associate Professor Arba'ie bin Sujud, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 03 Apr 2023 07:06
Last Modified: 03 Apr 2023 07:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99340
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item