UPM Institutional Repository

Makna tersirat dalam tajuk berita akhbar tempatan


Citation

Tauran, Faris Fakhira (2020) Makna tersirat dalam tajuk berita akhbar tempatan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penghasilan sesebuah tajuk berita yang menarik adalah disebabkan pemilihan perkataan yang tepat, ringkas, dan jelas maknanya. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian tajuk berita ditulis dengan menggunakan perkataan yang mempunyai makna tersirat. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyukarkan pembaca untuk memahami tajuk berita yang dipaparkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kata yang mempunyai makna tersirat, menganalisis makna tersirat dan merumuskan makna tersirat yang digunakan dalam tajuk berita akhbar. Di samping itu, kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang dihuraikan secara deskriptif dan menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai kaedah kajian. Selain itu, kajian ini telah memilih akhbar Utusan Malaysia sebagai data kajian. Data ini dikumpul bermula dari 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018. Berita yang dipilih dalam kajian ini ialah berita yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang mempunyai makna tersirat. Setiap data yang dikumpul akan dikategorikan mengikut tiga jenis bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk. Seterusnya, data-data ini akan dianalisis dengan menggunakan Teori Semiotik yang diperkenalkan oleh Charles Williams Morris (1971). Teori ini mempunyai tiga bahagian iaitu sintagtik, semantik dan pragmatik. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa terdapat 48 tajuk berita yang mempunyai makna tersirat. 15 tajuk berita terdiri daripada kata tunggal, 5 tajuk berita ialah kata terbitan dan 28 tajuk berita ialah kata majmuk. Tambahan pula, hasil analisis data juga menunjukkan bahawa tajuk berita pilihan raya ini banyak menggunakan kata majmuk berbanding dengan kata tunggal dan kata terbitan. Selain itu, perkataan yang mempunyai makna tersirat bukan sahaja dapat menarik perhatian pembaca tetapi juga sebagai cara untuk menyampaikan maklumat secara sopan atau sebagai sindiran. Penggunaan perkataan yang mempunyai makna tersirat akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak dapat disampaikan dengan tepat dan jelas. Justeru, kajian ini akan dapat merungkaikan makna tersirat yang terdapat dalam tajuk berita Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Download File

[img] Text
FARIS FAKHIRA BINTI TAURAN - IR.pdf

Download (575kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Semantics
Subject: Meaning-text theory (Linguistics)
Call Number: FBMK 2021 48
Chairman Supervisor: Profesor Madya Zaitul Azma binti Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 03 Apr 2023 07:02
Last Modified: 03 Apr 2023 07:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99310
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item