UPM Institutional Repository

Kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran menggunakan konsep didik hibur di sekolah dalam hospital di Semenanjung Malaysia


Citation

Nagandran, Sugendran (2020) Kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran menggunakan konsep didik hibur di sekolah dalam hospital di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Abstrak merupakan ringkasan keseluruhan tesis dan wajib diberi perhatian rapi sepertimana bahagian tesis yang lain. Abstrak tidak mengandungi bahan rujukan. Nama singkatan atau akronim mesti didahului dengan terminology penuh pada penggunaan kali pertama. Abstrak harus diolah antara 300-500 perkataan. Abstrak merangkumi pernyataan permasalahan, penerangan rigkas dan tepat tentang reka bentuk dan pengkaedahan penyelidikan, rumusan penemuan utama dan kesimpulan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran menggunakan konsep didik hibur di Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran guru berasaskan faktor demografi dengan pengalaman, sikap memotivasi diri, serta kesihatan fizikal dan mental pelaksanaan konsep didik hibur dalam kalangan guru SDH. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 95 orang guru di SDH Semenanjung Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian ini, instrumen kajian berbentuk kuantitatif digunakan untuk mengumpul data melalui borang soal selidik. Data maklumbalas respondan dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi faktor demografi respondan yang meliputi nilai min, peratusan, dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbandingan yang signifikan ditemui antara faktor demografi (Pemboleh ubah tidak bersandar) iaitu lokasi SDH, jantina, umur, pengalaman mengajar di SDH dan kekerapan menggunakan konsep didik hibur dalam pelaksanaan pengajaran dengan pemboleh ubah bersandar iaitu pengetahuan, memotivasi diri dan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan guru. SDH. Kajian ini memberi implikasi ke atas kesediaan guru menggunakan teknik pengajaran berkonsepkan didik hibur dapat mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif bagi murid-murid di SDH.


Download File

[img] Text
SUGENDRAN AL NAGANDRAN cd IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Hospital schools - Education
Subject: Teacher effectiveness - Malaysia
Call Number: FPP 2020 39
Chairman Supervisor: Profesor Madya Aminuddin Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 03 Apr 2023 06:33
Last Modified: 03 Apr 2023 06:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99284
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item