UPM Institutional Repository

Asas pengurusan dalam cerita rakyat kanak-kanak pilihan


Citation

Zainal Abidin, Noraini (2019) Asas pengurusan dalam cerita rakyat kanak-kanak pilihan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pengurusan merupakan asas yang paling utama dalam mencapai sesuatu matlamat. Hal ini dibuktikan dengan keberkesanan dalam mencapai sesuatu matlamat memerlukan aspek pengurusan seperti perancangan, kawalan dan sebagainya. Umumnya, golongan dewasa sudah sinonim dengan aspek pengurusan dalam melangsungkan kehidupan berbanding golongan kanak-kanak. Melalui bahan bacaan seperti cerita rakyat kanak-kanak mendedahkan input iaitu proses pembelajaran melalui peristiwa-peristiwa tertentu tentang bagaimana menguruskan sesuatu perkara atau situasi. Namun, timbul beberapa persoalan tentang input pengurusan yang terkandung di dalam cerita rakyat sudah dianggap lapuk terutamanya dalam membentuk sahsiah diri kanak-kanak. Justeru objektif kajian ini untuk mengklasifikasi dan menganalisis asas pengurusan yang terdapat dalam cerita rakyat kanak-kanak berdasarkan pendekatan pengurusan oleh Mohamad Mokthar Abu Hassan. Kajian ini menggunakan cerita rakyat kanak-kanak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2017 hingga 2018. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan kajian analisis teks. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan pengurusan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokthar Abu Hassan bagi menganalisis teks kajian. Antara prinsip pendekatan pengurusan adalah seperti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pengurusan konflik daripada aspek strategi perancangan dan pengurusan emosi daripada aspek kawalan merupakan perkara yang paling dominan diterapkan dalam bahan kajian. Manakala, pengurusan masa daripada aspek strategi kawalan merupakan aspek yang paling sedikit dalam bahan kajian. Sebanyak 18 daripada 26 buah buku cerita rakyat kanak-kanak ada menyentuh asas pengurusan. Namun, 8 buah buku cerita rakyat kanak-kanak pula tidak menyelitkan sebarang aspek pengurusan. Maka, kajian ini diharapkan dapat memaparkan kepentingan asas pengurusan dalam cerita rakyat kanak-kanak sebagai persediaan bagi pembaca kanak-kanak mendaptkan input dalam melangsungkan kehidupan.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 65 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Folk literature, Malay
Subject: Folklore and children - Research
Subject: Folklore - Malaysia
Call Number: FBMK 2020 65
Chairman Supervisor: Profesor Madya Nik Rafidah Binti Nik Muhamad Affendi, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 11 Jan 2023 04:14
Last Modified: 11 Jan 2023 04:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99058
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item