Simple Search:

Gaya Bahasa Perbilangan Adat Perpatih


Citation

Idris, Norhayati (1999) Gaya Bahasa Perbilangan Adat Perpatih. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Perbilangan Adat Perpatih merupakan rangkaian kata-kata atau ungkapan yang membawa konotasi adat. Dalam perbilangan itu terdapat peraturan atau petunjuk yang digunakan sebagai pedoman serta amalan seluruh aspek kehidupan masyarakat. Gaya bahasa perbilangan Adat Perpatih mengandungi makna yang tersirat (konotatif) dan tersurat (denotatif) serta bersifat puitis hingga menjadikan perbilangan Adat Perpatih sebagai sebuah hasil kesusasteraan yang unggul dan kaya dengan unsur-unsur keindahan bahasa. Keindahan gaya bahasanya menyerlahkan cara hidup pendukung adat ini baik dari aspek sosial, ekonomi, budaya mahupun politik. Berdasarkan hasil kajian ini, didapati bahawa pemilihan kata atau diksi perbilangan Adat Perpatih adalah bemas dan tepat pada perkara yang dimaksudkannya. Pemilihan dan penggunaan gaya bahasanya mampu menyerlahkan idea, falsafah dan pemikiran yang halus dan mantap. Kajian ini terbahagi kepada lima bab. Bab 1 menyentuh tentang pengertian konsep, objektif, tujuan, batasan dan kaedah kajian yang digunakan, manakala Bab 2 memaparkan sorotan literatur terhadap kajian yang berkaitan dengan perbilangan Adat Perpatih yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji bahasa dan kesusasteraan yang terdahulu. Bab 3 pula merupakan kajian gaya bahasa yang ditinjau dari segi geme dan fungsi. Bab 4 merupakan intipati kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji menyentuh aspek gaya bahasa perbilangan Adat Perpatih dari perspektif sosial, ekonomi dan politik serta peranannya dalam menghuraikan falsafah dan pemikiran masyarakat pendukung adat tersebut, terutamanya dalam menghadapi realiti masa kini. Akhimya, Bab 5 merupakan kesimpulan kepada kajian dan perbincangan yang telah dibuat oleh pengkaji. Berdasarkan hasil kajian ini, didapati gagasan idea yang dicerna oleh perbilangan Adat Perpatih melalui pemilihan kata yang simbolis dan bermakna ternyata berupaya merealisasikan segala hasrat dan visi kerajaan.


Download File

[img] PDF
FBMK_1999_10_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malays - Social life and customs
Subject: Negeri Sembilan - Social life and customs
Call Number: FBMK 1999 10
Chairman Supervisor: Encik Kamaruzzaman A. Kadir
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 24 Feb 2011 18:03
Last Modified: 24 Feb 2011 18:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9890
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item