UPM Institutional Repository

Wacana taklif dan manifestasinya terhadap cerita dalam novel pujangga melayu oleh Mohd. Affandi Hassan


Citation

Narmi, Akalily (2019) Wacana taklif dan manifestasinya terhadap cerita dalam novel pujangga melayu oleh Mohd. Affandi Hassan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang menyerlahkan kecenderungan kajian-kajian ilmiah sedia ada dalam memperakukan Pujangga Melayu sebagai sebuah novel yang mengandungi “ilmu” dan “pemikiran”, atau disebut sebagai “wacana”. Selain itu, kajian-kajian ilmiah sedia ada juga cenderung dalam memperakukan bahawa “wacana” merupakan bentuk yang dimanfaatkan secara signifikan dalam Pujangga Melayu, khususnya bagi menjelaskan prinsip Taklif. Dalam konteks ini, kajian ini ingin menghujahkan bahawa “wacana” bukan satu-satunya bentuk yang dimanfaatkan dalam Pujangga Melayu bagi menjelaskan prinsip Taklif. Hal ini kerana bacaan awal mendapati bahawa selain bentuk “wacana”, prinsip Taklif dalam Pujangga Melayu turut diterjemahkan dalam bentuk “cerita”, terutamanya aspek watak dan perwatakan. Sehubungan itu, kajian ini distrukturkan bagi mencapai dua objektif penting, iaitu menganalisis proses pembinaan “wacana Taklif” dalam novel Pujangga Melayu, dan merumuskan peranan watak dalam menterjemahkan “wacana Taklif” dalam novel Pujangga Melayu karya Mohd. Affandi Hassan. Dalam usaha untuk merealisasikan kedua-dua objektif ini, kajian ini memilih untuk menerapkan gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan sebagai kerangka analisis. Pemilihan ini adalah didasarkan kepada beberapa pertimbangan penting, yang antaranya ialah idea pokok gagasan Persuratan Baru yang membezakan secara jelas antara “wacana” dengan “cerita”. Dengan menerapkan gagasan Persuratan Baru sebagai kerangka analisis, kajian ini merumuskan bahawa bentuk “cerita”, iaitu aspek watak memainkan peranan penting dalam proses pembinaan “wacana Taklif” dalam novel Pujangga Melayu. Dengan hasil analisis serta rumusan ini, kajian ini diharap memberikan sumbangan yang bererti dalam pengkajian novel Pujangga Melayu, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak kajian-kajian ilmiah seterusnya yang meneliti aspek “wacana” dan “cerita” dalam persuratan Melayu.


Download File

[img] Text
FBMK 2021 44 UPMIR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay poetry
Subject: Discourse analysis, Literary
Subject: Narrative poetry
Call Number: FBMK 2021 44
Chairman Supervisor: Mohd. Zariat Abdul Rani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 28 Sep 2022 08:28
Last Modified: 28 Sep 2022 08:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98760
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item