UPM Institutional Repository

Pembalikan huruf dalam kalangan murid disleksia


Citation

Abdan Nasir, Nadia Shuhada (2019) Pembalikan huruf dalam kalangan murid disleksia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji masalah pembalikan huruf dalam kalangan murid disleksia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pembalikan huruf dalam kalangan murid disleksia, menghasilkan modul pembelajaran bagi menyelesaikan masalah pembalikan huruf dan menguji keberkesanan modul pembelajaran kepada murid disleksia. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Levinson (1994). Sampel kajian terdiri daripada 10 orang murid disleksia daripada Pusat Disleksia Malaysia di Ampang, Kuala Lumpur yang mengalami masalah pembalikan huruf secara serius. Penyelidikan ini menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Manakala alat kajian yang digunakan pula ialah borang soal selidik dan nota lapangan. Lapan huruf yang mempunyai bentuk hampir sama yang biasa mengalami pembalikan oleh kanak-kanak disleksia berdasarkan Teori Levinson (1994), iaitu huruf ‘b’, ‘d’, ‘p’, ‘q’, ‘m’, ‘w’, ‘n’ dan ‘u’ telah dipilih dan disenaraikan dalam borang soal selidik. Soal selidik kemudian diberikan kepada responden, iaitu guru-guru di pusat disleksia untuk dijawab. Data kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan semua subjek kajian mempunyai masalah pembalikan terhadap huruf-huruf tersebut. Namun, jenis-jenis huruf yang diterbalikkan adalah berbeza mengikut individu. Maka, bagi menyelesaikan masalah tersebut modul pembelajaran khusus telah dibentuk. Pengisian modul adalah berkaitan teknik-teknik pengajaran yang menggunakan kaedah multisensori dan proses penghasilan modul pula berdasarkan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). Selepas modul yang dihasilkan mendapat pengesahan daripada pakar rujuk, iaitu presiden Persatuan Disleksia Malaysia, modul ini seterusnya diuji cuba kepada subjek kajian untuk melihat keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah pembalikan huruf. Hasil kajian mendapati semua subjek kajian mampu menyebut dan menulis huruf-huruf yang mempunyai bentuk hampir sama dengan baik tanpa mengalami sebarang pembalikan selepas menggunakan modul ini. Modul pembelajaran ini dirangka bagi membantu para pendidik dan ibu bapa untuk merancang aktiviti yang sesuai dan berkesan dalam mengatasi masalah pembalikan huruf yang dialami oleh murid disleksia.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 53 - IR.1.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Dyslexic children - Education - Research
Call Number: FBMK 2020 53
Chairman Supervisor: Profesor Vijayaletchumy Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: disleksia, pembalikan huruf, modul pembelajaran, teknik pembelajaran, multisensori
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 01 Sep 2022 02:34
Last Modified: 01 Sep 2022 02:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98339
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item