UPM Institutional Repository

Status halal alkohol dalam produk kosmetik berjenama di Malaysia


Citation

Baharum, Nur Bahirah (2021) Status halal alkohol dalam produk kosmetik berjenama di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Alkohol bukan sahaja terdapat dalam produk makanan dan minuman tertentu, bahkan merupakan bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik seperti minyak wangi, produk penjagaan kulit dan lain-lain. Alkohol haram digunakan jika bahannya adalah arak atau khamar. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti status halal alkohol dalam produk kosmetik berjenama di Malaysia. Seterusnya daripada isu ini, timbul beberapa persoalan dalam kajian penyelidik. Persoalan pertama ialah apakah penggunaan alkohol yang terdapat dalam produk kosmetik? Persoalan kedua apakah maksud arak menurut syarak? Persoalan ketiga apakah status alkohol dalam produk kosmetik berjenama di Malaysia? Persoalan keempat apakah jenis sebatian alkohol dan fungsi keselamatannya kepada pengguna? Kajian ini yang menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kualitatif dan melibatkan lapan orang pakar sains dan syariah sebagai informan kajian telah mencapai objektifnya. Pemilihan sampel kajian dilakukan secara rawak bagi produk-produk kosmetik yang dipilih. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini merangkumi temu bual dan pemerhatian bagi tujuan menganalisis data dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan lengkap. Kajian makmal dan temu bual separa juga dijalankan di Makmal Institut Penyelidikan Produk Halal untuk mengetahui keselamatan kandungan dan jenis alkohol yang terdapat dalam produk kosmetik. Hasil kajian mendapati terdapat 13 sebatian alkohol yang telah dikenal pasti dalam sampel produk kosmetik iaitu 1,3-butanediol, 2-phenoxy ethanol, 1,2- pentanediol, octanol, ethanol, phenyl ethyl alcohol, benzyl alcohol, 2-propanol, benzene methanol, 1-hexanol, propylene glycol, isopropyl alcohol, dan citronellol. Kesemua alkohol yang dikaji berfungsi sebagai agen pembersih dan bahan pelarut yang sesuai dan selamat digunakan ke atas kulit. Selain itu, status halal alkohol dalam produk kosmetik di Malaysia telah disokong oleh lapan informan yang mempunyai latar belakang syariah dan sains, iaitu alkohol yang terhasil bukan diproses secara pembuatan arak (khamar) maka ia diharuskan. Sebaliknya, sekiranya alkohol itu diproses daripada pembuatan arak maka ia diharamkan dalam Islam. Kajian ini membuktikan bahawa produk kosmetik yang mengandungi alkohol adalah selamat digunakan oleh pengguna Islam sekiranya alkohol itu diproses melalui proses-proses tertentu iaitu semula jadi, penapaian, dan sintetik. Selain itu, penggunaan alkohol dalam produk kosmetik memberikan implikasi kepada masyarakat dalam aspek hukum halal dan haram. Dapatan kajian ini juga dapat meningkatkan pengetahuan pengguna Muslim terhadap hukum penggunaan alkohol yang terdapat dalam produk kosmetik.


Download File

[img] Text
IPPH 2021 7 - IR.1.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Cosmetics
Subject: Cosmetics - Religious aspects - Islam
Call Number: IPPH 2021 7
Chairman Supervisor: Mohd Daud Awang, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 04 Jul 2022 03:29
Last Modified: 03 Nov 2022 04:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/97800
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item