Simple Search:

Kesalahan Bahasa Melayu di Kalangan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia


Citation

Shamsher Singh, Inderbir Kaur (1995) Kesalahan Bahasa Melayu di Kalangan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data tentang kesalahan bahasa Melayu (BM) yang dilakukan oleh pelajar yang mengikuti enam kursus Bacelor Pendidikan (BP) di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti jenis-jenis kesalahan bahasa dan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh subjek kajian berdasarkan pemboleh-pemboleh ubah seperti program, jantina, status sosio-ekonomi (SSE), pencapaian BM SPM dan kekerapan usaha meningkatkan penguasaan BM. Data kajian dikumpul dengan menggunakan dua kaedah, iaitu melalui penulisan karangan dan soal selidik. Kesalahan bahasa dalam aspek perkataan, ayat dan ejaan didapati daripada karangan pelajar manakala maklumat tentang pembelajaran BM pelajar didapati daripada borang soal selidik. Sebanyak 235 buah karangan pelajar dimarkahi dan daripada jumlah ini, pelajar melakukan sebanyak 1,245 kesalahan dalam aspek perkataan, ayat dan ejaan. Min kesalahan bagi setiap pelajar ialah 5.3, yakni 3.6 kali kesalahan dalam aspek perkataan, min 1.9 dalam aspek ejaan dan min sebanyak 0.8 dalam kesalahan struktur ayat. Hasil ujian statistik ANOVA bagi pemboleh ubah program menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar dari enam kumpulan program BP yang dikaji. Pelajar dari kumpulan BP (Sains Pertanian) didapati paling banyak melakukan kesalahan BM dengan min sebanyak 7.6, berbanding dengan kumpulan BP (Pengajaran BM sebagai Bahasa Pertama) yang mempunyai min sebanyak 3.9. Dari segi jantina, hasil perkiraan ujian-T menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina bagi kesalahan perkataan dan ejaan. Bagi aspek ayat pula, perbezaan yang didapati adalah tidak signifikan. Pelajar lelaki (56.6%) pula didapati lebihm banyak membuat kesalahan bahasa berbanding dengan pelajar perempuan (43.4%). Bagi pemboleh ubah pencapaian BM SPM, pelajar terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan berpencapaian tinggi, kumpulan berpencapaian sederhana dan kumpu lan berpencapaian rendah. Analisis keputusan menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara kesemua kumpulan kajian. Seterusnya, pemboleh ubah SSE juga dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu, kumpulan SSE tinggi, kumpulan SSE sederhana dan kumpulan SSE rendah. Ujian statistik menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara kumpulan SSE tinggi dan kumpulan SSE rendah. Dari segi kekerapan pembelajaran BM pula, pelajar didapati paling kerap mendengar berita diikuti oleh kekerapan membaca akhbar dan mendengar syarahan BM. Pelajar paling kurang menulis artikel untuk siaran akhbar, majalah atau pertandingan sebagai usaha meningkatkan penguasaan BM. Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang lemah dari segi perkaitan antara kekerapan usaha meningkatkan penguasaan BM dengan kekerapan kesalahan bahasa. Keputusan kajian membuktikan kelemahan pelajar dalam penguasaan BM. Ini mempunyai implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran BM pada peringkat institusi pengajian tinggi umumnya, dan Fakulti Pengajian Bahasa Moden dan Fakulti Pengajian Pendidikan.


Download File

[img] PDF
FBMK_1995_2_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Universiti Pertanian Malaysia
Subject: Universiti Pertanian Malaysia - Dissertations
Subject: Malay language - Errors of usage
Call Number: FBMK 1995 2
Chairman Supervisor: Professor Abdul Hamid Mahmood, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 22 Feb 2011 14:46
Last Modified: 08 Sep 2011 16:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9778
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item