UPM Institutional Repository

Kepuasan Pengguna Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif Berasaskan Web


Citation

Ishak, Azura (2000) Kepuasan Pengguna Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif Berasaskan Web. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Satu kajian tentang kepuasan pengguna di kalangan pelajar terhadap Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif Berasaskan Web telah dijalankan. Prototaip Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif telah dibangunkan bagi kegunaan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan dengan faktor latar belakang pengguna seperti jantina, pengalaman menggunakan komputer, pengalaman menggunakan Internet dan persepsi tentang kepentingan sistem pembelajaran multimedia melalui Internet. Selain daripada itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan dengan kualiti sistem multimedia interaktif serta mengenal pasti hubungan antara hasil pembelajaran dengan tahap kepuasan pengguna. Saiz sampel yang terlibat ialah seramai 250 responden yang terdiri daripada para pelajar tingkatan tiga, em pat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr. Ismail, Damansara, Kuala Lumpur. Satu set soal selidik telah digunakan dan diedarkan sejurus responden menggunakan prototaip Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif berasaskan Web. Sebagai kesimpulan, responden dalam kajian ini mempunyai tahap kepausan yang tinggi terhadap penggunaan Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif berasaskan Web. Walau bagaimanapun, hanya dua faktor latar belakang pengguna yang mempengaruhi tahap kepuasan mereka iaitu pengalaman menggunakan komputer dan persepsi mereka tentang kepentingan sistem pembelajaran multimedia interaktif melalui Internet. Namun, faktor jantina dan pengalaman menggunakan Internet tidak pula mempengaruhi tahap kepuasan mereka terhadap penggunaan Sistem Maklumat Kerjaya Multimedia Interaktif berasaskan Web. Dari aspek faktor kualiti system multimedia interaktif pula, ia memainkan peranan yang penting di dalam mempengaruhi tahap kepuasan pengguna. Manakala dari aspek pembelajaran pula, hasil kajian ini cukup terbukti bahawa tahap kepuasan pelajar yang tinggi di dalam menggunakan sistem pembelajaran kerjaya berbentuk multimedia interaktif berasaskan Web mampu memberi impak kepada hasil pembelajaran yang begitu tinggi dan cukup baik.


Download File

[img] Text
FSKTM_2000_5_IR.pdf

Download (769kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Consumer satisfaction - Malaysia
Subject: Interactive multimedia - Malaysia
Call Number: FSKTM 2000 5
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Ali Mamat
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 18 Feb 2011 07:10
Last Modified: 29 Nov 2023 02:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9649
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item