UPM Institutional Repository

Susur rawai dessit Duano dalam seni Dangkong


Citation

Damiri, Rahmat and Mohd Kiram, Norazlina (2021) Susur rawai dessit Duano dalam seni Dangkong. Jurnal Peradaban Melayu, 16 (1). 45 - 52. ISSN 1823-6898

Abstract

Dessit Duano atau orang Duano merupakan satu kelompok orang Asli yang ada di Malaysia. Mereka merupakan sebahagian daripada orang Kuala yang tinggal di kuala sungai atau persisiran pantai. Dangkong ialah seni warisan turun temurun yang mengandungi pelbagai tarian atau susur rawai. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan ragam Tarian Susur Rawai dessit Duano di Johor dan makna tersirat pergerakan ragam tersebut. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah lapangan serta temu bual. Kajian dijalankan di Kampung Kuala Benut, Benut Pontian, Johor dan melibatkan empat orang informan yang terdiri daripada ketua masyarakat dan penggiat seni Dangkong. Temu bual difokuskan kepada lima ragam dalam Tarian Susur Rawai dessit Duano, iaitu mendayung, mengemudi, membuang air, menarik rawai dan menanggal rawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ragam Tarian Susur Rawai dessit Duano dalam seni Dangkong bukan sekadar tarian, tetapi berkait rapat dengan kehidupan seharian, mempunyai nilai estetika yang tinggi dan lambang identiti masyarakat.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37134/peradaban.vol16.1.5.2021
Publisher: UPSI Press
Keywords: Dessit Duano; Seni dangkong; Susur rawai; Ragam dan estetika
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 12 Apr 2023 04:07
Last Modified: 12 Apr 2023 04:07
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/peradaban.vol16.1.5.2021
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/95239
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item