UPM Institutional Repository

Peranan Modul ISRA dalam membantu kepulihan bekas klien di Kedah, Malaysia


Citation

Hafiz Goh, Mohammad Adam Danial and Rosnon, Mohd Roslan and Abu Samah, Asnarulkhadi (2021) Peranan Modul ISRA dalam membantu kepulihan bekas klien di Kedah, Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (7). 71 - 82. ISSN 2504-8562

Abstract

Agensi Antidadah Kebangsaan telah melancarkan Modul Islamic Spiritual Rehabilitation Approach (ISRA) sebagai instrumen holistik bagi rawatan dan pemulihan bekas penagih dadah melalui kaedah mengubati masalah ketidakstabilan jiwa secara amalan kerohanian. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti pandangan bekas klien dalam komuniti terhadap keberkesanan Modul ISRA dan mengenal pasti kefungsian sosial terhadap kepulihan bekas klien dalam komuniti. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif menggunakan pendekatan exploratory. Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan iaitu 16 orang informan telah terlibat terdiri daripada bekas klien ISRA yang compliant dan boleh terlibat diri dalam temu bual. Pengumpulan data dilakukan secara temu bual mendalam menggunakan pendekatan naturalistic inquiry atau constructionism bagi memperoleh data primer. Analisis tematik secara manual dilakukan terhadap data kajian bagi membentuk tema dalam menilai kesemua objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan, bekas klien ISRA berpandangan, Modul ISRA dari segi kandungan, struktur, kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik dalam membantu kepulihan mereka. Kajian ini merumuskan, bekas klien memberikan pandangan positif terhadap keberkesanan Modul ISRA. Implikasi kajian ini mencadangkan, sebarang dasar atau pembinaan modul pemulihan perlu berfokus kepada keterlibatan persekitaran sosial klien bagi menyokong kepulihan klien secara berterusan setelah mereka keluar pusat.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.917
Publisher: Secholian Publication
Keywords: ISRA Module; Drug; Spiritual; Community; Recovery
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 01 Dec 2022 04:06
Last Modified: 01 Dec 2022 04:06
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v6i7.917
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94525
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item