UPM Institutional Repository

Penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan dan langkah menangani ketagihan


Citation

Dzuren, Aleeyah Nur Sabrina and Fong, Yu Jie and Mohd Anuar, Nik Muhammad Azri and Mohd Nadzri, Nurul Aliyah and Manjit Singh, Sussvinderjeet Kaur and Mohd Fakhruddin, Faizah and Mohd Fakhruddin, Fathiyah (2021) Penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan dan langkah menangani ketagihan. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 18 (8). 166 - 178. ISSN 1823-884x

Abstract

Isu ketagihan pornografi adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia semakin berleluasa dalam masyarakat. Ketagihan pornografi boleh meningkatkan jenayah seks luar nikah. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan penglibatan dan langkah menangani isu ketagihan tersebut. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan mudah atau convenient sampling yang melibatkan belia universiti dan luar universiti yang bersedia terlibat dalam kajian. Seramai 116 orang responden terlibat dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan kepada responden menggunakan platform Google Form. Dapatan menunjukkan bahawa penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi berada pada tahap yang sederhana. Seterusnya dapatan menunjukkan kesan utama daripada ketagihan bahan pornografi boleh menjerumuskan diri kepada jenayah seksual. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa langkah menangani ketagihan bahan pornografi perlu melibatkan pihak kerajaan, institusi pendidikan, ibubapa, insitusi keagamaan dan masyarakat. Kajian ini memberi implikasi penting agar isu ketagihan bahan pornografi dalam kalangan belia wajar ditangani dengan segera dan secara tegas menerusi penggemblengan usaha daripada pihak yang berkaitan.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/51796

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia Press
Keywords: Pornography; Pornography addiction; Youth; Coping steps; Addictive effect
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 01 Dec 2022 03:04
Last Modified: 01 Dec 2022 03:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94522
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item