UPM Institutional Repository

Pengaruh pembentukan kerjasama politik Parti Islam Se-Malaysia PAS dari tahun 1974-2021


Citation

Mohd Isa, Nur Ayuni and Ahmad, Zaid and Talib, Ahmad Tarmizi and Jawan, Jayum (2021) Pengaruh pembentukan kerjasama politik Parti Islam Se-Malaysia PAS dari tahun 1974-2021. Malaysian Journal of Human Ecology (MJHE), 2 (8). 92 - 105. ISSN 2773-4951

Abstract

Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pelbagai parti yang mana tiada satu parti pun mampu untuk membentuk kerajaan pemerintah secara bersendirian. Parti-parti politik memerlukan kerjasama politik untuk membentuk kerajaan pemerintah. PAS telah menjalinkan kerjasama politik dengan pelbagai parti yang berbeza dasar dan latar belakang sebanyak tujuh kali bermula dengan BN, HAK, APU, BA dan PR, MN, dan PN dari tahun 1974 hingga terkini 2021. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan pengaruh terhadap pembentukan kerjasama politik PAS. Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis perbandingan berasaskan kualitatif digunakan hasil daripada data temubual mendalam dengan pemimpin utama PAS, UMNO, PKR, dan DAP dan teks-teks Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan dari tahun 1974 hingga 2020. Hasil analisis menunjukkan proses kerjasama politik PAS adalah melalui rundingan berasaskan titik pertemuan dan matlamat bersama. Kajian ini membuktikan tingkahlaku politik PAS terhadap pembentukan kerjasama politik yang disertainya adalah berasaskan tiga pertimbangan utama iaitu pertama, pertimbangan dasar yang dibuktikan apabila PAS menjalankan kerjasama politik untuk mencapai matlamat dasar partinya melaksanakan negara Islam dan hukum-hukum Islam dalam pentadbiran negara. Kedua, adalah berasaskan pertimbangan untuk mendapatkan kuasa dan dibuktikan dengan matlamat untuk menumbangkan kerajaan pemerintah BN dan PH, perebutan jawatan dalam kabinet di antara PAS dan parti komponen lain, serta beberapa pemanfaatan yang diambil daripada perpecahan parti lawan. Ketiga, pertimbangan untuk mendapatkan undi di mana kerjasama politik memberi lebih banyak undian berbanding PAS bertanding secara sendirian. Dengan penemuan ini, kajian ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu dengan menjelaskan pengaruh terhadap keputusan yang dibuat oleh sesebuah parti politik dalam tindakan kerjasama politik.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://eco1.upm.edu.my/jurnal_fakulti-3740

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Political coalition; Political party; Influence; PAS
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 01 Dec 2022 02:54
Last Modified: 01 Dec 2022 02:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94520
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item