UPM Institutional Repository

Pengaruh konsep kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar universiti


Citation

Abdul Aziz, Abdul Rashid and Mohd Nasir, Mohd Azrin and Sawai, Rezki Perdani and Shafie, Amin Al-Haadi and Che Amat, Muhammad Asyraf (2021) Pengaruh konsep kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar universiti. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6 (44). 111 - 123. ISSN 0128-164X

Abstract

Senario kini memperlihatkan banyak universiti sama ada awam mahupun swasta menjalankan pelbagai inisiatif dalam meningkatkan kualiti program akademik yang ditawarkan. Hal ini kerana, kecemerlangan pencapaian akademik merupakan salah satu faktor penentu kepada kebolehpasaran graduan. Namun, faktor psikologi seperti konsep kendiri dilihat masih lagi kurang ditekankan sebagai aspek penting dalam menentukan pencapaian akademik. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh konsep kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan subjek kajian yang terdiri daripada 160 orang pelajar (n=160). Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan tahap pencapaian akademik dan tahap konsep kendiri subjek dalam bentuk peratus serta kekerapan. Manakala, analisis regresi digunakan bagi melihat pengaruh faktor-faktor konsep kendiri terhadap pencapaian akademik. Dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut; (i) majoriti subjek mempunyai pencapaian akademik pada tahap kepujian (51.9%) (ii) majoriti subjek mempunyai tahap konsep kendiri yang sederhana (61.3%); dan (iii) faktor konsep kendiri yang membawa perubahan kepada pencapaian akademik iaitu peratusan yang paling tinggi menyumbang kepada pencapaian akademik adalah gagasan konsep kendiri personal atau peribadi iaitu sebanyak 17.1 peratus. Justeru, kajian ini berjaya membuktikan bahawa konsep kendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar dan terdapat faktor-faktor konsep kendiri yang menyumbang kepada pencapaian akademik. Implikasi dan cadangan kajian akan datang turut dibincangkan dalam kajian ini.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.35631/IJEPC.644009
Publisher: Global Academic Excellence
Keywords: Self -concept; Academic achievement; Students; University
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 01 Dec 2022 02:48
Last Modified: 01 Dec 2022 02:48
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.35631/IJEPC.644009
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94518
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item