UPM Institutional Repository

Penerapan kemahiran insaniah bagi domain afektif kemahiran komunikasi, sepanjang hayat, sosial dan kepimpinan untuk kemenjadian siswa universiti


Citation

Md Sabil, Azhar and Jamian, Abdul Rasid and Othman, Shamsuddin and Said, Rozita Radiah and Sulaiman, Tajularipin and Aminuddin, Zarien Nurlieyana (2021) Penerapan kemahiran insaniah bagi domain afektif kemahiran komunikasi, sepanjang hayat, sosial dan kepimpinan untuk kemenjadian siswa universiti. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12 (1). 105 - 119. ISSN 1823-6812

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan domain afektif untuk membentuk keberkesanan perwatakan yang baik. Domain ini merangkumi perasaan, rohani, tanggungjawab, keinginan, menghargai dan memahami dalam kalangan pelajar di institut pendidikan tinggi. Pensyarah memainkan peranan penting untuk menghasilkan kemenjadian pelajar agar seimbang dengan penghayatan pengajaran dan pembelajaran di universiti. Responden kajian melibatkan tujuh kumpulan, iaitu lima orang pelajar bacelor pendidikan tahun akhir bagi setiap kumpulan dengan mengambil kira tujuh program dalam bidang di Fakuti Pengajian Pendidikan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes dengan satu lokasi dan menggunakan kaedah kualitatif, iaitu temu bual berkumpulan secara separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar bacelor pendidikan mempunyai domain afektif secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan kemahiran insaniah, iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kerja berkumpulan, pembelajaran berterusan dan pengurusan, keusahawanan, etika dan moral dan juga kepimpinan. Hasil analisa temu bual menunjukkan bahawa mereka memahami dan menerapkan kemahiran insaniah dan domain afektif dalam diri sewaktu dalam kuliah dan di kolej kediaman bagi pengurusan diri, pembelajaran dan kerja berpasukan. Implikasi kajian ini mendapati pelajar bacelor pendidikan berupaya melahirkan pelajar universiti yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris Press
Keywords: Education; Soft skills; Communication skills; Critical thinking; Affective domain
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 01 Dec 2022 02:29
Last Modified: 01 Dec 2022 02:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94515
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item