UPM Institutional Repository

Pemilikan dan penggunaan teknologi digital dalam kalangan kanak-kanak prasekolah: satu analisis deskriptif


Citation

Mansor, Mariani and Wahab, Rozita (2021) Pemilikan dan penggunaan teknologi digital dalam kalangan kanak-kanak prasekolah: satu analisis deskriptif. Malaysian Journal of Human Ecology (MJHE), 2 (4). 43 - 58. ISSN 2773-4951

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemilikan dan penggunaan teknologi digital dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia. 425 kanak-kanak prasekolah berumur antara lima hingga enam tahun telah dipilih secara rawak menggunakan teknik pelbagai peringkat, terlibat dalam kajian ini. Temu bual menggunakan soal selidik berstruktur digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan pemilikan dan penggunaan peranti teknologi digital kanak-kanak. Keputusan menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak prasekolah mempunyai akses kepada peranti digital, seperti telefon pintar, tablet, komputer dan komputer riba. Kajian juga menunjukkan majoriti (84.6%) diberi akses kepada peranti digital oleh ibu bapa sebagai alat untuk bermain, supaya anakanak tidak mengganggu ibu bapa mereka, manakala hanya 17.2% untuk tujuan pembelajaran. Kajian juga mendapati penggunaan peranti teknologi digital dalam kalangan kanak-kanak prasekolah meningkat semasa cuti sekolah. Penggunaan peranti digital yang tidak terkawal dan berlebihan adalah risiko kepada perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa perlu tahu tentang kesan teknologi digital kepada anak-anak supaya langkah pencegahan dapat diambil.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://eco1.upm.edu.my/jurnal_fakulti-3740

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Use of digital technology; Gadgets; Digital devices; Preschool children
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 30 Nov 2022 07:16
Last Modified: 30 Nov 2022 07:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94510
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item