UPM Institutional Repository

Pembauran budaya luar dalam kerangka kepercayaan Melayu menerusi filem bergenre seram


Citation

Yaakup, Hani Salwah (2021) Pembauran budaya luar dalam kerangka kepercayaan Melayu menerusi filem bergenre seram. Jurnal Peradaban Melayu, 16 (2). 20 - 29. ISSN 1675-4271

Abstract

Kerangka Kepercayaan Masyarakat Melayu oleh Mohd Taib Osman (1989) menyatakan, kepercayaan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh tiga teras iaitu agama, budaya dan budaya popular. Kajian ini bertujuan menilai representasi kepercayaan Melayu dalam filem seram tempatan. Objektif kajian melihat bagaimana teras kepercayaan direpresentasikan dalam filem seram dalam membina kepercayaan Melayu semasa. Sebanyak 42 buah filem bergenre seram dikenal pasti dan telah dipecahkan kepada tiga era utama iaitu era 1 (1957-1967), era 2 (1981-1991) dan era 3 (2001-2011). Kajian ini menggunakan kaedah kajian analisis tekstual Alan McKee (2003) terhadap filem menerusi pendekatan naratif dan sinematik filem. Hasil mendapati, budaya luar dikenal pasti sebagai teras keempat kepada kerangka ini. Implikasi kajian menyimpulkan bahawa budaya luar juga memberi kesan kepada kepercayaan semasa masyarakat Melayu.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Institute Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Foreign culture; Malay belief framework; Mohd Taib Osman; Malay horror movie
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 30 Nov 2022 07:03
Last Modified: 30 Nov 2022 07:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94508
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item