UPM Institutional Repository

Pelaksanaan projek bandar rendah karbon di Bandar Baru Bangi, Selangor


Citation

Mohd Isa, Nor Kalsum and Mohd Ariffin, Noor Fazamimah and Mohd Yunos, Mohd Yazid and Akub, Abdul Hamid and Ibrahim, Mohd Hairy and Mohamad Zin, Siti Aisyah (2021) Pelaksanaan projek bandar rendah karbon di Bandar Baru Bangi, Selangor. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 6 (25). 189 - 206. ISSN 0128-178X

Abstract

Semasa Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP15) pada tahun 2009, Malaysia telah berikrar untuk mengurangkan pelepasan karbon negara sehingga 40% menjelang tahun 2020 berbanding 2005. Manakala, dalam Perjanjian Paris pada tahun 2015, ikrar tersebut telah diperbaharui kepada pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45% menjelang tahun 2030. Justeru, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melancarkan sebuah rangka kerja bandar rendah karbon yang dikenali sebagai 'Low Carbon Cities Framework and Assessment System' (LCCF) bagi merealisasikan ikrar tersebut. Berikutan pelancaran tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan supaya LCCF diguna pakai dalam perancangan dasar bandar di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor untuk menyumbang kepada pengurangan intensiti pelepasan karbon. Bandar Baru Bangi merupakan sebuah bandar di bawah pentadbiran PBT Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang melaksanakan projek LCCF untuk mencapai sasaran penurunan karbon sebanyak 45%,seterusnya muncul sebagai sebuah bandar rendah karbon yang mampan dan selesa didiami menjelang tahun 2035. Artikel ini membincangkan pengalaman pelaksanaan projek LCCF di bandar tersebut serta pencapaian penurunan karbon hasil daripada pelaksanaannya.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Design and Architecture
DOI Number: https://doi.org/10.35631/JTHEM.625014
Publisher: Global Academic Excellence
Keywords: Low carbon cities; LCCF; Carbon emissions; Sustainable cities
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 30 Nov 2022 06:29
Last Modified: 30 Nov 2022 06:29
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.35631/JTHEM.625014
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94505
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item