UPM Institutional Repository

Kerangka Kerja Konsep untuk Pembangunan Sistem Persidangan Video Berorientasi Objek


Citation

Tahir, Kamarudin (1998) Kerangka Kerja Konsep untuk Pembangunan Sistem Persidangan Video Berorientasi Objek. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini membincangkan suatu kajian tentang pembangunan suatu perisian Persidangan Video (PV) melalui pendekatan orientasi objek (OO). Pendekatan OO adalah merupakan satu pendekatan pembangunan perisian yang mana ianya dapat menggantikan kaedah-kaedah pembangunan perisian tradisional. PV adalah merupakan bahagian utama dalam CSCW (Computer-Supported Cooperative Work) dan perisian kumpulan (groupware). PV ada1ah merupakan suatu sistem yang membolehkan komunikasi audio, video dan teks secara dua hala dalam masa sebenar. Dalam tesis ini, satu kerangka kerja konsep pendekatan OO dalam reka bentuk PV dibincangkan secara mendalam. Pelaksanaan prototaipnya yang dikenali sebagai PutraCom juga diberikan. PutraCom adalah perisian PV berasaskan komputer peribadi yang menggunakan Windows 95. Visual Basic Versi 4 dan Intel ProShare Developers Kit digunakan sebagai alat pembangunan perisian. Prestasi PutraCom juga telah dilaksanakan. Ciri utamanya adalah berasaskan pada kadar bingkai video untuk sambungan titik ke titik dalam LAN. Protokol komunikasi yang digunakan ialah Protokol Kawalan Pengangkutan dan Protokol Internet (TCPIIP). Alat pembangunan perisian juga dinilaikan untuk memastikan sarna ada alat ini memenuhi kepeduan pendekatan reka bentuk OO. Kajian ini telah menunjukkan bahawa pendekatan reka bentuk OO (PROO) adalah bersesuaian untuk pembangunan PV. PROO juga mengurangkan kerencaman dalam reka bentuk.


Download File

[img] PDF
FSAS_1998_33_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Computer software - Development - Malaysia
Subject: Videoconferencing
Call Number: FSAS 1998 33
Chairman Supervisor: Dr. Md Yazid Bin Mohd Saman
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 08 Feb 2011 01:24
Last Modified: 05 Mar 2024 06:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9445
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item