Simple Search:

Proses Akulturasi Nilai Persaudaraan Islam di Dua Dayah Terpilih di Acheh


Citation

Abdurrahman, Muhammad (2009) Proses Akulturasi Nilai Persaudaraan Islam di Dua Dayah Terpilih di Acheh. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Dayah adalah sebagai sebuah institusi pendidikan Islam tradisional yang terdapat di seluruh Acheh khususnya di daerah pedesaan (luar bandar). Institusi ini dianggap sebagai tempat penyebaran akhlak dan persaudaraan Islam kepada masyarakat terutama sekali kepada pelajar (ureung meudagang) yang belajar di dayah. Sistem pendidikan dayah lebih menekankan pada akhlak dan persaudaraan Islam dan mata pelajaran ini disediakan sejak tahun pertama hingga tahun ke tujuh. Hubungan antara guru dan pelajar adalah sangat akrab dan ini didasarkan atas cinta dan kasih sayang kerana Allah dan mereka terus mengekalkan hubungan persaudaraan selama-lamanya. Selain dari itu, persaudaraan Islam antara dayah dan ibu bapa pelajar dana masyarakat setempat juga tetap diteruskan. Arus globalisasi telah memasuki seluruh kehidupan manusia dan termasuk dalam semua institusi pendidikan. Antara kesan utamanya termasuklah pergaulan bebas antara lelaki dan wanita semakin merajalela, hubungan antara pelajar dan guru semakin jauh, hubungan anak dan ibu bapa juga semakin renggang, akhlak manusia semakin rosak dan hubungan persaudaraan semakin tipis dan semua institusi sama ada agama, sosial, dan masyarakat mahupun negara seakan-akan tidak mampu menapisnya. Walaupun begitu, dayah masih dapat mempertahankan nilai-nilai persaudaraan Islam antara pelajar dan guru, antara dayah dan ibu bapa dan antara dayah dan masyarakat setempat. Kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu pencerapan ikut serta, temu bual yang mendalam dan dokumen analisis. Sampel kajian ini, iaitu Dayah A dan Dayah B yang terletak di Kabupaten Acheh Besar dan Kabupaten Pidie. Jauh antara Dayah A dan Dayah B adalah 180 kilometer. Sejumlah dua puluh dua orang responden telah ditemubual dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada dua belas orang teungku rangkanglguru dan sepuluh orang pelajar di Oayah A dan B. Mereka adalah responden utama yang mewakili kedua dayah tersebut. Mereka dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria iaitu, guru yang memiliki pengalaman mengajar lebih lima tahun; guru yang memiliki hubungan dengan ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat; dan guru yang memiliki pemahaman tentang kurikulum secara menyeluruh dan sentiasa membimbing pelajar/murid sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah (di atas bale atau di luar bale). Sedangkan kriteria pelajar yang telah ditemu bual ialah mereka yang sudah belajar di dayah selama ernpat tahun lebih. Penganalisisan data dilakukan secara manual dan terus menerus dari waktu ke waktu sama ada semasa pengumpulan mahupun setelah pengumpulan data.


Download File

[img] PDF
FPP_2009_23_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Acculturation - Acheh - Civilization, Islamic - Case studies
Call Number: FPP 2009 23
Chairman Supervisor: Professor Dr. Zakaria Kasa
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 01 Feb 2011 16:00
Last Modified: 01 Feb 2011 16:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9418
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item