UPM Institutional Repository

Mekanisme pemberian hadiah sebagai pengerat hubungan diplomatik dalam warkah kesultanan Melayu Bima kepada Belanda


Citation

Noor Muhammad, Salmah Jan and Che Puteh, Che Nuraini (2021) Mekanisme pemberian hadiah sebagai pengerat hubungan diplomatik dalam warkah kesultanan Melayu Bima kepada Belanda. Malay Literature, 34 (1). 21 - 42. ISSN 0128-1186; ESSN: 2682-8030

Abstract

Kerajaan Bima merupakan antara kerajaan Islam yang mempunyai hubungan erat dengan Belanda. Hubungan ini terjalin dan semakin rancak apabila Bima diperintah oleh Sultan Abdul Hamid. Sultan Abdul Hamid merupakan pemerintah yang aktif yang menguruskan hubungan Bima dan Belanda. Pengukuhan hubungan tersebut berlaku menerusi penghantaran warkah yang merupakan medium penting pada masa tersebut untuk menyampaikan pesanan. Penulisan ini mengenal pasti warkah diplomatik yang dihantar oleh Bima kepada Belanda dan menganalisis jenis iringan hadiah yang diberikan sebagai mekanisme diplomatik. Bagi memperoleh data ini, suatu kajian kepustakaan telah dilakukan untuk memperoleh data kajian dan menggunakan Teori Diplomasi Islam yang diperkenalkan oleh Ahmed Musa (2009). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian hadiah yang diberikan oleh Bima kepada Belanda untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua buah kerajaan. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pengkajian dan penelitian warkah kesultanan Melayu dan seterusnya menggalakkan dapatan baharu serta memperkembang ilmu tentang warkah kesultanan Melayu.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37052/ml34(1)no2.
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Keywords: Bima; Netherlands; Letters; Malay; Diplomatic
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 18 May 2023 08:30
Last Modified: 18 May 2023 08:30
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37052/ml34(1)no2.
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94140
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item