Simple Search:

Pelajar UPM Tingkat Kemahiran Bahasa Perancis di Université de Franche-Comté


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Pelajar UPM Tingkat Kemahiran Bahasa Perancis di Université de Franche-Comté. [UPM News]

Abstract / Synopsis

BESANçON, 14 Dis – Lima pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) meningkatkan kemahiran bahasa Perancis di Université de Franche-Comté. Pelajar semester keenam Bacelor Sastera Pengurusan Bahasa Perancis, Fatin Najlaa Malik, Norakmar Maisarah Shari, Tan Wei Yu, Yeoh Kean How, dan Hanna Md. Yahaya mengikuti program Mobiliti Pelajar anjuran Pusat Antarabangsa UPM. “Melalui program ini, kami berpeluang mempraktikkan bahasa Perancis yang dipelajari di UPM untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan. “Ini secara tidak langsung dapat mengasah kemahiran bahasa Perancis saya ke tahap yang lebih tinggi,” kata Fatin yang ingin melanjut pelajaran dalam bahasa tersebut ke peringkat Master satu hari nanti. Pengalaman mereka turut dikongsi bersama pelajar lain di dalam majlis Perkongsian Pengalaman Pelajar Program Mobiliti ke Negara Perancis yang dirasmikan oleh Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Salleh. Program mobiliti yang bermula pada 29 November hingga 14 Disember itu dikendalikan oleh penyelaras program major Bahasa Perancis FBMK, Dr. Omrah Hassan@ Hussin. “Lima pelajar ini turut tinggal bersama penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian Bahasa Perancis di sana. “Program mobiliti seperti ini merupakan satu bentuk inisiatif untuk meningkatkan nama UPM di Eropah selaras dengan statusnya sebagai antara Universiti Penyelidikan di Malaysia,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_UPM_Tingkat_Kemahiran_Bahasa_Perancis.pdf

Download (115kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 31 Jan 2011 14:07
Last Modified: 27 May 2013 15:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9411
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item