UPM Institutional Repository

Kesejahteraan kewangan dan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Citation

Ismail, Asmah and Abd Rahim, Nordiana (2021) Kesejahteraan kewangan dan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Global Journal Al-Thaqafah, 11 (2). 58 - 72. ISSN 2232-0474; ESSN: 2232-0482

Abstract

Kesejahteraan kewangan dan kepuasan kerja guru perlu diberi perhatian memandangkan guru adalah domain utama yang diamanahkan dalam proses penyampaian ilmu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap serta hubungan kesejahteraan kewangan dan kepuasan kerja guru-guru di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sampel kajian terdiri daripada guru-guru di sebuah daerah di Negeri Perlis. Kajian ini menggunakan soal selidik kesejahteraan kewangan yang dibina oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling bersama-sama penyelidik (2018) serta soal selidik kepuasan kerja dengan menggunakan Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) yang dibina oleh Weiss, Dewis, England & Lofquit, 1967. Instrumen kesejahteraan kewangan mempunyai kebolehpercayaan Alpha Cronbach .89 manakala Instrumen Minnesota Statisfaction Questionnaire (MSQ) mempunyai kebolehpercayaan AlphaCronbach .90. Hasil dapatan kajian menunjukkan guru-guru memperolehi peratusan yang tinggi bagi tahap kesejahteraan kewangan iaitu sebanyak 49.5% diikuti tahap sederhana sebanyak 42.7% dan tahap rendah sebanyak 7.8%. Manakala bagi tahapkepuasan kerja pula, didapati guru-guru memperolehi peratusan yang sederhana iaitu sebanyak 52.4% diikuti tahap rendah iaitu sebanyak 32% dan tahap tinggi iaitu sebanyak 15.5%. Selain itu, dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesejahteraan kewangan dan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru. Pengkaji mencadangkan agar diperluaskan skop sampel kajian agar ianya lebih menyeluruh mewakili guru-guru di seluruh Malaysia. Selain itu, dapatan yang diperolehi dapat membantu mengadakan intervensi dalam meningkatkan lagi kesejahteraan kewangan serta kepuasan kerja guru seperti membina modul, psiko pendidikan, bimbingan dan sebagainya. Seterusnya, analisa kajian juga boleh diperluaskan dengan melihat perbezaan pemboleh ubah berdasarkan demografi kajian seperti perbezaan kesejahteraan kewangan guru berdasarkan tempoh perkhidmatan dan gred perjawatan serta perbezaan kepuasan kerja guru berdasarkan pengalaman bekerja dan umur.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.gjat.my/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.7187/GJAT122021-1
Publisher: Pusat Kembangan Kolej, Universiti Islam Sultan Azlan Shah
Keywords: Financial well-being; Job satisfaction; Teachers of the Ministry of Education Malaysia
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 12 Apr 2023 04:29
Last Modified: 12 Apr 2023 04:29
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.7187/GJAT122021-1
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/93968
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item