Simple Search:

Gaya Pengurusan Konflik di Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan Teknik


Citation

Ahmad, Nor Rashidah (2003) Gaya Pengurusan Konflik di Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan Teknik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pensyarah Maktab Perguruan Teknik mengendalikan konflik interpersonal yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini juga bertujuan untuk men genal pasti perbezaan gaya pengurusan konflik mengikut faktor demografi serta hubungan antara pengurusan konflik dengan jenis personaliti dan stail komunikasi. Reka bentuk kajian adalah deskriptif-korelasi. Kajian dijalankan dikalangan pensyarah Maktab Perguruan Teknik, Jalan Yacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. saiz sampel adalah 122 responden. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi empat bahagian, iaitu: faktor demografi, jenis personaliti, stail komunikasi dan gaya peng urusan konflik. Frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisa statistik deskriptif. Ujian-t dan Analisa Varian Sehala digunakan untuk menentukan perbezaan yang signifikan antara pembolehubah. Pearson Product Moment Coefficient digunakan untuk menentukan hubungan yang signifikan antara pembolehubah. Kajian ini mendapati gaya pengurusan konflik yang paling digemari adalah gaya Akomodasi. Manakala personaliti yang paling diminati adalah Perasaan. Seterusnya, stail komunikasi yang kerap digunakan adalah Prihatin. Dapatan inferensi memaparkan terdapat perbezaan yang signifikan pada gaya pengurusan konflik yang tertentu mengikut umur, tempoh perkhidmatan, kelayakan akademik dan jabatan. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik yang tertentu dengan jenis personaliti dan stail komunikasi yang tertentu.


Download File

[img] PDF
FPP_2003_18_A.pdf

Download (771kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Call Number: FPP 2003 18
Chairman Supervisor: Associate Professor Zakaria Bin Kasa, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 27 Jan 2011 19:11
Last Modified: 27 Jan 2011 19:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9376
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item