UPM Institutional Repository

Kesahan, Kebolehpercayaan dan Keberkesanan Modul Program Maju Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Selangor


Citation

Ahmad, Jamaludin (2002) Kesahan, Kebolehpercayaan dan Keberkesanan Modul Program Maju Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Selangor. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul Program Maju Diri (PMD), yang dibina oleh Jabatan Pendidikan Selangor. Modul Program Maju Diri ini terdiri daripada tiga sub-modul iaitu sub-modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC), sub-modul Pendekatan Cahaya Iman (PCI) dan sub-modul Pendekatan Nilai Diri (PND). Dua reka bentuk kajian telah digunakan iaitu kajian deskriptif dan kajian eksperimen. Kajian deskriptif bertujuan untuk menguji kesahan kandungan modul Program Maju Diri dengan melibatkan tiga pensyarah pakar. Kajian ini juga ingin menentukan nilai pekali kebolehpercayaan modul Program Maju Diri yang melibatkan 220 pelajar tingkatan 1 hingga 5 daripada lapan buah sekolah menengah di negeri Selangor yang dipilih secara rawak. Mereka kemudiannya mengikuti modul tertentu dan seterusnya menjawab soal selidik kebolehpercayaan yang telah dicipta oleh penyelidik. Kajian eksperimen bertujuan menentukan keberkesanan modul Program Maju Diri ke atas motivasi pencapaian dengan menggunakan 80al selidik Ujian Motivasi Pencapaian ciptaan Abu Bakar Nordin (1995). Subjek kajian terdiri daripada 440 pelajar tingkatan 1 hingga 5 daripada lapan buah sekolah menengah yang telah dipilih secara rawak. Mereka kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen (220) dan kumpulan kawalan (220). Kumpulan eksperimen telah menerima rawatan menggunakan modul Program Maju Diri sementara kumpulan kawalan tidak menerima apa-apa rawatan. Untuk menguji hipotesis, ujian-t bersandar, ujian-t tidak bersandar dan ujian ANOVA sehala telah digunakan.Keputusan kajian deskriptif menunjukkan bahawa modul Program Maju Diri mempunyai kesahan kandungan yang baik dan mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi iaitu untuk sub-modul PIC tingkatan 1 (.92), sub-modul PIC tingkatan 2 (.68), sub-modul PIC tingkatan 3 (.95), sub-modul PIC tingkatan 4 (.86), sub-modul PIC tingkatan 5 (.92), sub-modul PCI tingkatan 1 (.91), sub-modul PCI tingkatan 2 (.95), sub-modul PCI tingkatan 3 (.63), sub-modul PND tingkatan 1 (.97), sub-modul PND tingkatan 2 (.89) dan sub-modul PND tingkatan 3 (.77).


Download File

[img] Text
FPP_2002_34.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Self-culture - Selangor
Subject: Achievement motivation in adolescence - Selangor
Subject: High school students - Selangor
Call Number: FPP 2002 34
Chairman Supervisor: Associate Professor Sidek Bin Mohd. Noah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 25 Jan 2011 03:59
Last Modified: 20 Feb 2024 08:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9348
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item