Simple Search:

Hubungan Kepemimpinan Transformasional Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru


Citation

Loy, Liang Hui (2002) Hubungan Kepemimpinan Transformasional Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan di antara persepsi guru tentang kepemimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan kerja guru. Kajian ini melibatkan 241 orang guru terlatih di tiga belas buah sekolah menengah di daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. 80al selidik yang digunakan untuk mendapat persepsi guru mengenai kepemimpinan transformasional ialah Transformasional Leadership Behavior Inventory, diubahsuai oleh Aminuddin (1998). Enam dimensi kepemimpinan pengetua dikaji dalam kajian ini iaitu mengenal pasti dan menyatakan visi, membekalkan model yang sesuai, menggalakkan penerimaan matlamat kumpulan, mempunyai jangkaan pencapaian yang tinggi, pertimbangan individu, stimulasi kebijaksanaan. 80al selidik yang digunakan untuk mendapat maklumat mengenai kepuasan kerja guru ialah Job Descriptive Index, diubahsuai oleh Majid Konting (1991). Enam dimensi kepuasan kerja dikaji iaitu keadaan pekerjaan sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, rakan sekerja dan keadaan pekerjaan keseluruhan. Setiap soal selidik dibekal dengan skala likert lima markat, di mana 1 =sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju. 5=sangat setuju. Kajian menunjukkan kepemimpinan transformasional pengetua adalah pada tahap sederhana (min=3.16). Tahap kepemimpinan bagi setiap dimensi kepemimpinan transformasional juga pada tahap sederhana. Di samping itu, kepuasan kerja guru adalah pada tahap sederhana (min=2.90). Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan sangat tinggi (r=0.89, p<0.05) di antara kepemimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan kerja guru. Adalah dicadangkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Oaerah harus merangka kursus kepemimpinan dan pengurusan kepada para pengetua untuk memahami cara kepemimpinan yang efektif.


Download File

[img] PDF
FPP_2002_28_A.pdf

Download (731kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teacher-principal relationships - Pahang.
Subject: Teacher effectiveness - Pahang.
Call Number: FPP 2002 28
Chairman Supervisor: Foo Say Fooi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 24 Jan 2011 15:06
Last Modified: 11 Jun 2012 09:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9342
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item