UPM Institutional Repository

Amthal Rasulullah dalam persuratan Arab


Citation

Othman, Mohd Sukki and Husin, Mohamad (2021) Amthal Rasulullah dalam persuratan Arab. Penerbit UPM, Malaysia. ISBN 9789672989387

Abstract

Buku ini membincangan mengenai kedudukan serta sumbangan amthal yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dalam kesusasteraan Arab Ungkapan Baginda SAW yang tepat, ringkas dan jelas serta sarat dengan makna menyebabkan ungkapan yang sedemikian mudah diterima masyarakat dan akhirnya menjadi penghias kata untuk menyampaikan hasrat. Kesungguhan para sasterawan silam mengumpul dan memasukkan ungkapan Baginda SAW dalam karya himpunan amthal seperti Majma’ al-Amthal oleh al-Maydani (w:368H), Amthal al-Hadith oleh al-Ramahurmuziy (w:360H) dan al-Amthal fi al-Hadith al-Nabawiy oleh Abu Shaykh al-Asbahaniy (w:369) serta karya-karya lain membuktikan bahawa ungkapan Baginda S.A.W diterima sebagai bidalan, pepatah, simpulan bahasa, peribahasa dan perumpamaan oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Ungkapan Baginda S.A.W yang mempersona telah menyumbang dalam memperkayakan lagi perbendaharaan kata Arab seperti ungkapan [TULISAN JAWI] digunakan secara kinayah untuk mengambarkan kemasyhuran seseorang dan ungkapan [TULISAN JAWI] digunakan secara kinayah untuk menunjukkan bahawa sesuatu perkara sudah diputuskan. Buku ini cuba menyoroti kesusasteraan amthal dalam persuratan Arab serta kedudukan dan sumbangan amthal yang disandarkan kepada Baginda S.A.W. Perbincangan tajuk ini sangat penting kepada pelajar-pelajar dalam bidang pengajian Arab, warga pendidik dan juga masyarakat umumnya. Isi kandungan amthal Baginda S.A.W yang memfokuskan kepada nilai kemasyarakatan, isu kemanusiaan dan kebudayaan yang disalut dengan nilai agama sangat berfaedah untuk dihayati oleh sekalian pembaca.


Download File

[img] Text
amthal-rasulullah.pdf

Download (266kB)

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UPM
Keywords: Prophet Muhammad; Arabic literature; Jawi writing; Amthal Rasulullah
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 10 May 2023 08:38
Last Modified: 10 May 2023 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/93115
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item